Uber Technologies dilanda dilema

DETROIT, 11 Ogos – Uber Technologies Inc. menghadapi masalah baru semalam, dengan ketua operasi globalnya meletak jawatan dan seorang pelabur utama menyaman bekas CEO syarikat perkhidmatan teksi itu.

Ryan Graves memberitahu kakitangan Uber dalam satu e-mel semalam beliau akan keluar daripada peranannya sebagai naib presiden senior operasi global pada pertengahan September. Graves akan kekal dalam lembaga Uber.

Lembaga itu, dan sokongannya terhadap bekas CEO Travis Kalanick, menjadi subjek tindakan guaman yang difailkan semalam di Mahkamah Canseri Delaware oleh Benchmark Capital Partners.

Benchmark memegang 13 peratus daripada saham Uber. Ia mendakwa Kalanick berusaha memasukkan sekutu beliau dalam lembaga Uber dan akhirnya kembali kepada jawatan beliau sebagai CEO. Firma usaha sama modal itu berkata ia akan menjejas pemegang saham, kakitangan, pemandu dan pelanggan Uber.

Seorang jurucakap untuk Kalanick berkata tindakan guaman itu “tidak wajar dan dipenuhi dusta dakwaan palsu.”

Uber dilanda dilema apabila ketua operasi global Uber meletak jawatan yang ditambah lagi dengan saman kepada bekas CEO syarikat berkenaan. – AP
Uber dilanda dilema apabila ketua operasi global Uber meletak jawatan yang ditambah lagi dengan saman kepada bekas CEO syarikat berkenaan. – AP

Dalam tindakan guaman, Benchmark mendakwa Kalanick menyembunyikan bahan maklumat daripada pelabur apa-bila beliau menubuhkan tiga kerusi baru pada 2016 dan memberikan dirinya hak untuk melantik orang untuk memenuhi kerusi berkenaan.

Contohnya, Benchmark berkata Kala-nick tahu Uber mungkin dituduh mencuri rahsia perniagaan daripada Waymo, unit kereta pandu sendiri Google. Waymo menyaman Uber pada awal tahun ini.

Tindakan guaman juga berkata Kalanick tidak membincang kegagalannya untuk mengawal budaya diskriminasi dan gangguan seksual dalam Uber.

Kalanick meletak jawatan selepas menerima tekanan pada Jun setelah siasatan selama beberapa bulan dalam gangguan dan masalah tingkah laku lain di syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu. Namun beliau dengan segera melantik dirinya untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi lembaga. Dua kerusi lain masih kosong.

Benchmark berkata Kalanick telah memperoleh “tahap pengaruh yang tidak seimbang dalam lembaga, memastikan beliau akan terus memegang peranan besar dalam haluan strategik Uber walaupun jika terpaksa meletak jawatan sebagai CEO.” Firma itu berkata Kalanick telah pun campur tangan dalam usaha lembaga untuk menggaji seorang CEO baru.

Benchmark mahu membuang tiga kerusi tambahan dan mengembalikan lembaga kepada lapan anggota. Ia juga meminta mahkamah supaya menghalang Kalanick daripada mengambil bahagian dalam mesyuarat lembaga. – AP