Uber tingkat staf keselamatan – FT

Uber tingkat staf keselamatan – FT

NEW YORK, 19 Ogos (Reuters) – Perkhidmatan perjalanan yang semakin popular, Uber Technologies Inc, akan meningkatkan pasukan keselamatannya kepada lebih 100 kakitangan menjelang akhir tahun.

Langkah itu bertujuan memantapkan pertahanan syarikat itu daripada pelanggaran data dan serangan daripada para penggodam, lapor akhbar Financial Times semalam.

Syarikat itu yang baru-baru ini bernilai AS$50 bilion, akan menggaji kira-kira 25 kakitangan tambahan.

Bagaimanapun Uber tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA