UberEats mulakan operasi

UberEats mulakan operasi

TOKYO, 30 Sept – Uber, berusaha untuk memenangi hati Jepun apabila perkhidmatan perkongsian perjalanan itu, berharap dengan perkhidmatan penghantaran makanan yang lebih baik.

UberEats dibuka pada hari Khamis, pada mulanya hanya beroperasi di pusat bandar Tokyo, dari masakan ringkas dengan harga hanya ratusan yen kepada makanan lima bintang ratusan dolar.

Penghantaran adalah percuma pada mulanya, walaupun adanya penambahan kos pada masa akan datang.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi perisian dalam iOS, Android atau versi desktop untuk memilih menu makanan dari 150 buah restoran.

Seorang pekerja lelaki membawa pesanan makanan semasa sidang akhbar UberEats di Tokyo, Rabu lalu. - AP
Seorang pekerja lelaki membawa pesanan makanan semasa sidang akhbar UberEats di Tokyo, Rabu lalu. – AP

Pemandu yang diupah oleh UberEats akan dihubungi dalam talian, mengambil makanan di restoran dan membuat penghantaran.

Perkongsian penghantaran menghadapi masalah di Jepun dimana sebahagiannya adalah disebabkan kekuatan dominasi teksi disana.

Akan tetapi harapan masih tinggi dimana penghantaran makanan akan menjadi popular bagi mereka yang bekerja lewat di pejabat dan majlis-majlis jamuan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA