UCI hampir capai persetujuan

UCI hampir capai persetujuan

LONDON, 5 Nov (Agensi) – Selepas beberapa bulan perundingan, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) hampir mencapai persetujuan akhir dengan para penganjur Olimpik mengenai cadangan mereka memindahkan acara berbasikal di Sukan Tokyo 2020 ke tempat luar ibu negara demi menjimatkan wang.

Brian Cookson, presiden badan induk berbasikal itu memberitahu bahawa UCI bersedia menerima pertukaran tetapi sedang melihat bagi “jaminan” pasti untuk “meminimumkan” impak pemindahan yang agak jauh bandar raya hos.

“Saya optimis kami akan mempunyai penyelesaian dalam masa beberapa minggu ini,” katanya.

Trek berbasikal, pendakian gunung dan BMX pada asalnya ditetapkan diadakan di Tokyo, tetapi penganjur memutuskan untuk memindahkannya ke tempat dikenali sebagai Izu – lebih dua jam perjalanan dari bandar raya hos menggunakan kereta api – sebagai sebahagian dari siri bagi perubahan mengurangkan kos.

UCI menentang perpindahan itu, sambil berkata ia akan menjejaskan pengalaman Olimpik bagi para atlet dan peminat.

Tetapi, selepas perbincangan bersama penganjur Jepun dan IOC, pertubuhan berbasikal itu mengurangkan penegasannya.

“Kami mempunyai persefahaman yang lebih baik sekarang terhadap kemungkinan dan apa yang tidak mungkin,” kata Cookson.

“Kami masih mahu mempunyai satu atau dua jaminan mengenai perubahan yang dicadangkan, impak yang akan menjejaskan ke atas acara berbasikal dan kejayaan acara berbasikal.

“Saya tidak mahu menyatakan lebih banyak sehingga kami bersetuju mengenai maklumat akhir, tetapi kami akan terpaksa menerima terdapat beberapa perubahan kepada tempat dan kami juga memastikan kami meminimumkan sebarang aspek negatif mengenainya,” tambahnya dalam satu temu bual ketika mesyuarat Olimpik di Washington minggu lalu.

ARTIKEL YANG SAMA