UCI uji alat pengesan penipuan mekanikal

UCI uji alat pengesan penipuan mekanikal

AIGLE, Switzerland, 4 Mei (AFP) – Peranti tablet magnetik baru yang diuji digunakan dalam perlumbaan basikal profesional sejak Januari lalu boleh ‘mengesan sebarang bentuk’ doping mekanikal, kata Union Cycliste Internationale (UCI) semalam.

Media Perancis dan Itali tahun ini melaporkan bahawa motor kecil digunakan dalam peloton memberikan peningkatan tenaga yang besar.

Program televisyen Perancis Stade 2 dan akhbar Itali, Corriere della Sera berkata mereka menggunakan pengesan termal untuk mengesan apa yang mereka percaya adalah motor tersembunyi dalam basikal penunggang pada perlumbaan Strade Bianche pada Mac lalu.

UCI dengan segera memberikan respons kepada mereka yang mendakwa dengan maklumat tepat bagaimana mereka berjuang untuk mengeluarkan doping mekanikal, di tengah–tengah dakwaan ia tidak melihat isu itu dengan serius.

Presiden UCI, Brian Cookson, yang bercakap tiga hari sebelum bermulanya Giro d’Italia, berkata peranti magnetik itu adalah lebih efisien berbanding menggunakan imej–imej termal.

“Ini adalah sesuatu yang kami lihat secara serius,’ katanya.

“Terdapat mesej kepada penipu: Jika anda menggunakan cara ini untuk menipu, kami akan mengejar anda.

“Ia boleh mengesan sebarang bentuk teknologi. Kami memiliki cara yang hebat di mana saya merasakan berkesan. Teknologi imej–imej termal tidak dapat dipercayai seperti yang kami gunakan.”

Femke Van den Driessche menjadi penunggang pertama yang didapati menyembunyikan motor dalam basikalnya sebelum perlumbaan kejuaraan dunia cyclo-cross wanita bawah 23 tahun pada Februari.

Penunggang dari Belgium berusia 19 tahun itu digantung selama enam tahun dan bersara selepas didapati oleh sistem baru tersebut, yang menggunakan pengesan untuk mencipta magnetik, dengan data dihantar kembali ke tablet.

Tablet tersebut kemudian menyaksikan jika terdapat motor, magnet atau objek keras seperti bateri disembunyikan dalam rangka atau bahagian lain basikal, dengan proses keseluruhannya biasanya memerlukan kurang dari seminit.

ARTIKEL YANG SAMA