Udara New Delhi semakin teruk

NEW DELHI, 12 Nov – Pencemaran udara di New Delhi hari ini semakin teruk dan pihak berkuasa memberi amaran mengenai tahap penglihatan rendah disebabkan oleh jerebu dan menyebabkan satu penerbangan terpaksa di batalkan.

Kedutaan AS menerusi laman web menunjukkan paras udara merbahaya mencapai 676, kira-kira 27 kali ganda dari tahap selamat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Pihak berkuasa Delhi telah memberhentikan sementara semua pembinaan, melarang lori untuk memasuki bandar tetapi kadar pencemaran masih berada di tahap yang tinggi.

Doktor telah mengumumkan kecemasan kesihatan awam dan lebih 30,000 buah sekolah di bahagian utara India telah ditutup dan akan dibuka semula Isnin ini.

Menurut jabatan meteorologi hari ini, cuaca kabus akan meningkat pada hari berikutnya dan ramalan kaji cuaca untuk Rabu ini adalah hujan dan akan membantu sedikit keadaan udara.

United Airlines telah membatalkan semua penerbangannya ke Delhi dari Newark sehingga Isnin ini disebabkan oleh kualiti udara dan telah menawarkan kepada pelanggan yang sudah menempah perjalanan ke India. – AFP