UEFA dakwa United

UEFA dakwa United

MANCHESTER, 25 Mac (Reuters) – Manchester United bakal berdepan dakwaan dari Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selepas badan induk itu akan menyiasat berhubung laporan sorakan berbaur penghinaan ketika aksi Liga Europa menentang Liverpool.

Sebelum ini hanya Liverpool yang dikenakan dakwaan berhubung kesalahan terbabit meskipun kedua-dua pasukan tertakluk kepada tindakan disiplin oleh UEFA susulan insiden terbabit.

“UEFA mengambil berat berhubung laporan mengenai sorakan berbaur penghinaan yang berlaku ketika perlawanan Liga Europa membabitkan Liverpool dan Manchester United pada 10 dan 17 Mac yang lalu,” kata badan induk itu menerusi satu kenyataan.

“Jadi, badan disiplin dan etika UEFA akan menyiasat insiden terbabit dengan lebih lanjut dan mengumpul beberapa bukti lagi.

Pertembungan di peringkat Eropah membabitkan dua pasukan itu dicemari dengan sorakan mengenai tragedi Munich 1958 yang mengorbankan 23 orang termasuk lapan pemain United dan juga tragedi Hillsborough yang mengakibatkan 96 orang maut ketika aksi separuh akhir Piala FA membabitkan Liverpool dan juga Nottingham Forest pada 1989. Liverpool mara ke suku akhir Liga Europa menerusi agregat 3-1 ke atas United dan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu bakal bertemu bekas kelabnya, Borussia Dortmund di suku akhir.

ARTIKEL YANG SAMA