UEFA pilih presiden baru

UEFA pilih presiden baru

BASEL, Switzerland, 19 Mei (AFP) – UEFA akan mengadakan pilihan raya bagi presiden baru pada 14 September di Athens selepas Michel Platini meletak jawatan kerana skandal etika bersama badan dunia itu.

Presiden FA Belanda, Michel Van Praag menjadi calon rasmi pertama tetapi yang lain akan menyusul.

Angel Maria Villar dari Sepanyol, naib presiden kanan UEFA yang akan menyerahkan trofi Kejuaraan Eropah pada 10 Julai, dan ketua bola sepak Slovenia, Aleksander Ceferin juga digambarkan kemungkinan pesaing.

Eksekutif UEFA akan menentukan pada mesyuarat di Basel bagi mengadakan pilihan raya di Athens pada September depan berbanding terburu–buru dalam undian sebelum persaingan Kejuaraan Eropah.

Platini digantung dari sebarang kapasiti rasmi pada Euro 2016 kerana penggantungan selama empat tahun bagi disyaki pembayaran $2 juta yang diterimanya dari FIFA pada 2011.

Ketua Press UEFA, Pedro Pinto, Ketua Setiausaha Iklan Interim, Theodore Theodoridis dan Pengarah Hal Ehwal Perundangan Alasdair Bell, (dari kiri) semasa menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UEFA di Basel, Switzerland, semalam. Ahli Jawatankuasa Eksekutif UEFA berkata 55 persekutuan negara akan memilih presiden untuk menggantikan Michel Platini. – AP
Ketua Press UEFA, Pedro Pinto, Ketua Setiausaha Iklan Interim, Theodore Theodoridis dan Pengarah Hal Ehwal Perundangan Alasdair Bell, (dari kiri) semasa menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif UEFA di Basel, Switzerland, semalam. Ahli Jawatankuasa Eksekutif UEFA berkata 55 persekutuan negara akan memilih presiden untuk menggantikan Michel Platini. – AP

Bekas presiden badan induk dari Perancis itu mengumumkan dia akan meletak jawatan pada 9 Mei selepas tewas dalam rayuan di Mahkamah Penimbang Tara bagi Sukan.

Platini dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam bahawa dia mahu untuk ‘meletak jawatan secara rasmi’ sebelum persatuan kebangsaan UEFA KE 55 pada Kongres Athes bulan September apabila penggantinya di pilih.

“Saya mahu keluar dengan memberitahu mereka, bersemuka, bahawa saya tidak pernah menipu kepercayaan mereka, mahu pun gagal dalam tugas saya dan nilai–nilai saya,” kata bekas legenda bola sepak Perancis itu dalam kenyataan.

Pemangku setiausaha UEFA, Theodore Theodridis berkata kerana penggantungannya dalam FIFA, Platini akan dihalang dari sebarang acara rasmi pada Euro 2016, yang akan diadakan di negara asalnya, Perancis dari 10 Jun sehingga 10 Julai.

Theodoridis berkata UEFA perlu untuk memeriksa dengan FIFA mengenai status Platini.