Ugut & m...

Ugut & miliki senjata berbahaya, dapat hukuman penjara

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Seorang lelaki tempatan yang disabit dengan kesalahan memiliki senjata berbahaya dan membuat ugutan dijatuhi hukuman setahun enam bulan penjara dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Majistret.

Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Sukardi bin Haji Mohammad Sukry.

Tertuduh didapati bersalah kerana memiliki parang dan mengacukan parang kepada seorang pegawai polis yang ingin memberkasnya di kawasan Jalan Tutong pada 8 Oktober 2015.

ARTIKEL YANG SAMA