Uji fizikal d...

Uji fizikal dan mental pelajar baru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jan – Bersempena dengan program Minggu Pelajar Baru Universiti Brunei Darusalam (UBD) bagi Pengambilan Januari 2017, kempen kebersihan dan UBD Fun Run telah diadakan di Dewan Canselor, UBD, hari ini.

Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Persatuan Mahasiswa-Mahasiswi UBD (PMUBD), Awang Mohammad Ashmeer S/O Imtiaz Ahmad semasa ditemui menjelaskan bahawa acara ini merupakan sebahagian daripada program Minggu Pelajar Baru UBD bagi Pengambilan Januari 2017 yang telah pun bermula kelmarin.

Acara petang tadi itu turut dihadiri oleh Pemangku Naib Canselor UBD, Hajah Rubiah binti Haji Yacub.

Para pelajar mengadakan sesi pemanasan badan sebelum larian dimulakan.
Para pelajar mengadakan sesi pemanasan badan sebelum larian dimulakan.
Para pelajar yang menyertai larian UBD Fun Run.
Para pelajar yang menyertai larian UBD Fun Run.

Menurut Awang Mohammad Ashmeer, kempen kebersihan itu diadakan di kawasan Dewan Canselor dan diharap akan dapat menerapkan nilai-nilai murni, semangat gotong-royong dan permuafakatan dalam kalangan pelajar-pelajar baru di samping menekankan kepentingan menjaga kebersihan di persekitaran UBD.

Manakala itu, UBD Fun Run yang bermula dan berakhir di Dewan Canselor berkenaan dan disertai oleh para pelajar baru bertujuan untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti sukan untuk mencapai gaya hidup yang sihat.

Di samping itu, ia juga untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pelajar dan juga ahli dan kakitangan serta pensyarah-pensyarah di UBD.

ARTIKEL YANG SAMA