Uji kebolehan Jeep Renegade

Uji kebolehan Jeep Renegade

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Wakil-wakil media tempatan cukup bertuah apabila dijemput oleh Goh Hock Kee Motors (GHK) untuk membuat uji pandu kereta keluaran terkini Jeep Renegade yang bermula dan berakhir di The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL), Gadong, pagi tadi.

Sebelum aktiviti uji pandu beramai-ramai itu bermula, para perwakilan media terlebih dahulu mendengar taklimat mengenai Jeep Renegade yang disampaikan oleh Eksekutif Pemasaran Jeep, Dayang Nurnadzirah Anati binti Abdul Rahim.

Jeep Renegade merupakan kereta Sport Utility Vehicle (SUV) pertama yang dihasilkan di Itali dan telah terbukti sangat popular dalam kalangan anak muda masa kini.

Daripada segi reka bentuk larannya, model ini tampak lasak namun mengekalkan konsep Jeep terutama pada gril krom dan lampu depan.

Sesi bergambar ramai bersama pengamal media selepas uji pandu Jeep Renegade.
Sesi bergambar ramai bersama pengamal media selepas uji pandu Jeep Renegade.
Wakil media mendengarkan taklimat daripada Eksekutif Pemasaran Jeep.
Wakil media mendengarkan taklimat daripada Eksekutif Pemasaran Jeep.

Jeep Renegade dikuasakan dengan enjin MultiAir Turbocharged 1.4 liter dengan kuasa kuda 138 yang digabungkan dengan transmisi dual dry clutch enam kelajuan transmisi.

Dengan enjin ini, Renegade mampu membawa barangan berat termasuk sesuai digunakan untuk membawa bot kecil dengan bantuan kuasa daripada kelengkapan Turbocharged.

Fungsi keselamatannya pula menjadi kunci utama model ini, yang dilengkapi Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) termasuk sistem ABS 4 roda dan sebagainya.

Pengamal media diberi peluang untuk menguji pandu Jeep Renegade di The Coffee Bean & Tea Leaf, Gadong.
Pengamal media diberi peluang untuk menguji pandu Jeep Renegade di The Coffee Bean & Tea Leaf, Gadong.
Bentuk badan Jeep Renegade yang begitu agresif.
Bentuk badan Jeep Renegade yang begitu agresif.

Teknologi Bantuan Hill Start juga menjadi teknologi penting yang mampu membantu pemanduan dan berhenti di tempat yang berbukit dengan yakin terutama semasa waktu sibuk.

Lebih banyak fungsi dilengkapi di dalam kereta ini termasuk teknologi U Connect 5.0 Touchscreen Display atau Intergrated Voice Command dengan Bluetooth.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk membuat uji pandu kereta ini dengan mengunjungi Bilik Pameran Jeep di Sumbangsih Bahagia, Beribi semasa waktu pejabat bagi mencuba sendiri kehebatan kereta tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA