Uji kebolehan mengeja

Uji kebolehan mengeja

SERAMAI 14 peserta telah mengikuti Pertandingan Spelling Bee bagi kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun yang diadakan di Kompleks Membeli-belah KB Sentral baru-baru ini.

Pertandingan tersebut merupakan kerjasama KB Sentral dengan Sekolah Tuisyen Little Step.

Menurut kenyataan KB Sentral, di sini, untuk mengikuti pertandingan tersebut, peserta perlu mengisikan borang dan melampirkan resit pembelian dari mana-mana kedai yang terdapat di kompleks berkenaan dan menghantarnya ke pejabat pengurusan.

Pertandingan dimulakan dengan para peserta mencabut nombor untuk menentukan giliran mereka pada pertandingan yang dibahagikan kepada empat pusingan itu.

Setiap peserta diberikan tiga talian hayat dan ditanya dua kali pada setiap pusingan.

Gambar kenangan bersama para peserta dan juga pengurus acara.
Gambar kenangan bersama para peserta dan juga pengurus acara.

Kemudian para peserta perlu mengeja dengan tepat soalan yang diajukan oleh pengacara.

Di akhir pertandingan, Dayang Jasmine Tay Hui Ping telah muncul sebagai pemenang dan memenangi baucar makan berjumlah $20 yang ditaja oleh Waroeng Penyet, sementara Dayang Ashley Chung JiaHui di tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Daryl Harry Bennet.

Para peserta yang lainnya juga tidak pulang dengan tangan kosong dan masing-masing menerima sijil penyertaan mereka.

Kompleks Membeli-belah KB Sentral juga ingin memaklumkan bahawa akan adanya Pertandingan Tamiya Finale pada 24 hingga 25 Oktober dan Pameran Anti-Tembakau pada 27 hingga 29 Oktober ini dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti yang akan diadakan oleh KB Sentral bolehlah mengikuti Facebook dan Instagram mereka.