Uji kehebatan Camry baru

Uji kehebatan Camry baru

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Pengamal media tempatan semalam merasakan sendiri kehebatan model terbaru Toyota Camry bagi tahun 2015 apabila diberi peluang menguji pandu kereta tersebut bermula dari bilik pameran pengedar tunggalnya, NBT (B) Sdn Bhd di Gadong menuju ke Mangrove Resort, Sungai Besar.

Sebelum uji pandu dijalankan, pengamal media diberikan penerangan dan prosedur keselamatan penggunaan dan destinasi yang dituju disampaikan oleh Pengurus Pemasaran NBT, Awang Muhammad Clovien Abdullah Timpuh bersama juruteknik syarikat itu.

Dengan rekaan terbaru yang lebih cantik dan dinamik, penulis yang merupakan antara pemandu uji salah sebuah daripada enam kereta yang disediakan dalam dua jenis varian iaitu versi 2.0 liter dan 2.5 liter, kagum apabila memasuki kenderaan itu kerana ruang dalamannya yang lebih luas.

Ia memberikan keselesaan bagi perjalanan dekat dan jauh.

Pengamal media tempatan diberi peluang untuk membuat uji pandu kereta tarikan umum.
Pengamal media tempatan diberi peluang untuk membuat uji pandu kereta tarikan umum.
Gambar ramai para pengamal media yang dijemput untuk membuat uji pandu kereta berkenaan.
Gambar ramai para pengamal media yang dijemput untuk membuat uji pandu kereta berkenaan.

Mata pula kemudiannya terpaku ke arah teknologi terkini yang ada pada papan pemuka kereta tersebut, memudahkan pemandu untuk mendengar audio, berkomunikasi melalui telefon mudah alih tanpa perlu memegang gajet tersebut dan banyak lagi.

Selain itu, penulis juga memuji sistem penjimatan minyak kereta ini malahan model terbaru ini, memaparkan penunjuk jika menggunakan minyak berlebihan semasa memandu dan penggunaan minyak dalam setiap perjalanan selepas enjin dimatikan.

Bagi mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kehebatan kereta ini, bolehlah berkunjung ke NBT dan menguji pandu sendiri kenderaan ini.

ARTIKEL YANG SAMA