Uji kehebatan kereta Hyundai

Uji kehebatan kereta Hyundai

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April –Pengedar tunggal kereta Hyundai, Setia Motors Sdn Bhd semalam menjemput pengamal media untuk menguji pandu tiga buah model terbaru Hyudai iaitu Tucson, Creta dan i20 Active.

Kereta yang mula-mula diuji kehebatannya dari bilik pameran Setia Motors ke sekitar bandar ialah Tucson diperbaharui rekaan luaran dan dalamannya, sekali gus memberikan sentuhan yang menarik perhatian penulis dan tentunya orang sekeliling.

Ia tambah gah dengan rangkanya yang tampak sasa dan garang, menampilkan sebuah SUV yang unik.

Bagi perjalanan dari bandar ke bandar, Tucson ternyata mempunyai gabungan elegan, luas kabinnya dan tidak membosankan kerana mempunyai papan pemuka yang dimuatkan dengan pelbagai teknologi terkini.

Ketiga-tiga buah kereta selesai uji pandu di sekitar bandar, singgah sebentar di perkarangan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
Ketiga-tiga buah kereta selesai uji pandu di sekitar bandar, singgah sebentar di perkarangan Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

Manakala ketika menguji pandu Creta, turut memberikan elemen kejutan buat penulis di sebalik saiznya yang sederhana (antara SUV dan Sedan). Antara ciri-ciri menakjubkan yang dimiliki Creta ialah prestasi berprestij NVH, menggunakan bahan kedap bunyi, rekaan kejuruteraan yang canggih pada enjin, transmisi dan juga rangkanya selain tahan lasak.

Menginjak ke dalam Creta, ia memberikan keterujaan kepada pemandunya apabila mempunyai skrin sesentuh 5 inci, alat pengemudian canggih dan stereng dengan alat kawalan jauh.

Sementara i20 Active boleh dikatakan kecil-kecil cili padi, memiliki sistem hiburan multimedia yang dilengkapi lapan speaker sistem audio, bergaya untuk pemandu remaja yang luarannya tampak garang dengan tambahan gril heksagon.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai ketiga-tiga buah kereta ini, bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Setia Motors Sdn Bhd.

ARTIKEL YANG SAMA