Uji kehebatan Porsche 911 Carrera S

Uji kehebatan Porsche 911 Carrera S

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Sebagai usaha untuk memantapkan lagi kehadiran model terlaris Porsche di negara ini, QAF Eurokars Sdn Bhd menjemput media untuk menjalankan pandu uji Porsche 911 Carrera S, kelmarin.

Model 911 Carrera S tampil dengan mengekalkan bentuk anak panah pada bahagian depan, bahagian sisi inspirasi daripada sayap pesawat, spoiler belakang dilebarkan dan dapat diaktifkan dengan menekan punat khas.

Kereta dengan enjin enam silinder bi-turbocharging gabungan transmisi di bawah Porsche Doppelkupplung (PDK) ini mampu menghamburkan 420 kuasa kuda.

Dengan teknologi penjimatan bahan api Porsche Turbocharging, 911 Carrera sekarang hanya menggunakan 7.7 liter bahan api bagi setiap 100 kilometer bersamaan dengan 12 peratus pengurangan berbanding model terdahulu.

Model generasi ketujuh ini dikhaskan sebagai kereta lumba dengan prestasi yang sangat mengagumkan.
Model generasi ketujuh ini dikhaskan sebagai kereta lumba dengan prestasi yang sangat mengagumkan.
Spoiler belakang dilebarkan dan dapat diaktifkan dengan menekan punat khas.
Spoiler belakang dilebarkan dan dapat diaktifkan dengan menekan punat khas.

Model generasi ketujuh ini dikhaskan sebagai kereta lumba dengan prestasi yang sangat mengagumkan.

Antara yang menarik dalam model ini ialah ‘Porsche Active Suspension Management’ (PASM) baru yang mampu menurunkan ketinggian kereta sehingga 10 milimeter bagi memberikan kestabilan yang lebih baik semasa membuat lencongan.

Model Carrera S juga dimuatkan dengan sistem Pengurusan Komunikasi Porsche (PCM) yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar termasuk aplikasi Google Earth dan Google Street View.

Maklumat selanjutnya akan dijelaskan dalam edisi permotoran Media Permata nanti.

ARTIKEL YANG SAMA