Uji kemahiran interaksi sosial dalam Werewolves Within

Uji kemahiran interaksi sosial dalam Werewolves Within

BERLATARKAN dunia virtual, anda boleh mengalami sendiri seolah-olah berada dalam sebuah persidangan dan itulah pengalaman yang cuba ditonjolkan dalam sebuah permainan video terbaru berjudul Werewolves Within.

Pada dasarnya, ia adalah sebuah permainan video berkonsepkan taktikal di mana ia setentunya menguji minda para pemain khususnya dalam penyelidikan, mengutarakan pendapat dan keyakinan diri pemain itu sendiri.

Permainan video ini setentunya memberikan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan memandangkan para pemain boleh merasakan diri mereka seolah-olah berada di dalam sesi persidangan yang diadakan dengan bantuan daripada set Playstation VR.

Menyelongkar dan menyembunyikan rahsia

Dunia yang ditampilkan dalam Werewolf Within adalah sebuah kawasan perkampungan yang dilanda satu masalah apabila terjadinya serangan serigala jadian yang sering memburu mangsa terdiri daripada penduduk kampung tersebut.

m14-d_100117

Pemain bebas untuk memilih bagi memainkan peranan penyiasat atau serigala jadian dalam persidangan Werewolves Within.
Pemain bebas untuk memilih bagi memainkan peranan penyiasat atau serigala jadian dalam persidangan Werewolves Within.

Bertitik tolak daripada masalah tersebut, penduduk kampung berhasrat untuk mencari jalan penyelesaian dengan cuba untuk menyelidiki siapakah sebenarnya manusia yang sebenarnya adalah serigala jadian dan seringkali mengorbankan penduduk di kampung tersebut.

Maka adalah menjadi misi kepada para pemain untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu penduduk di kampung tersebut.

Para pemain bebas untuk memilih sama ada ingin menjadi salah satu daripada penyiasat kampung atau manusia yang sebenarnya merupakan serigala jadian ketika berada dalam sebuah persidangan yang diadakan dalam kalangan penduduk kampung.

Selaku seorang penyiasat kampung, para pemain diberikan pilihan sama ada ingin mengawal karakter yang terdiri daripada pelbagai peranan iaitu Tracker, seseorang yang suka mendapatkan maklumat berdasarkan hasil penyelidikan sendiri, Gossip, seseorang yang mendapatkan maklumat berdasarkan sumber yang didengar daripada penduduk setempat dan khabar angin yang dihebahkan atau Astrologer, seseorang yang suka menyelesaikan satu permasalahan dengan berpandukan teori dan perspektif tersendiri.

Sementara itu, jika pemain memilih untuk mengawal karakter serigala jadian, pemain boleh memilih dua peranan yang disediakan Saints iaitu seseorang yang cukup pintar menyembunyikan identiti dengan menampilkan diri mereka pada sisi mereka yang tidak berdosa di hadapan khalayak sewaktu persidangan atau Deviants bagi individu yang cukup berani untuk tidak berselindung dalam memperlihatkan beberapa ciri yang agak mencurigakan sewaktu berada di hadapan khalayak persidangan.

Namun pada dasarnya, penduduk kampung yang menyertai persidangan tersebut tidak menerima maklumat penuh berhubung masalah serigala jadian yang membelenggu kawasan kampung tersebut dan ia setentunya bergantung kepada kebijaksanaan para pemain sama ada ingin membantu mereka dalam menyelesaikan masalah selaku seorang penyiasat atau terus meracuni fikiran mereka demi menyelamatkan diri karakter sebenar yang anda mainkan iaitu serigala jadian.

Para pemain juga boleh merujuk buku panduan yang dibekalkan di sepanjang permainan dimainkan.
Para pemain juga boleh merujuk buku panduan yang dibekalkan di sepanjang permainan dimainkan.
Kisah yang ditampilkan dalam Werewolves Within bermula apabila sebuah kawasan perkampungan telah diserang oleh serigala jadian.
Kisah yang ditampilkan dalam Werewolves Within bermula apabila sebuah kawasan perkampungan telah diserang oleh serigala jadian.

Uji kemahiran sosial

Kemahiran sosial memang diperlukan ketika bermain ini terutama dalam mengutarakan pendapat dan mencari pembayang sekiranya pemain memilih untuk menjadi seorang penyiasat atau berusaha sebaik mungkin bagi menyembunyikan identiti sebenar sekiranya pemain memilih untuk berpihak menjadi manusia serigala jadian yang menyebabkan keadaan huru-hara di perkampungan tersebut.

Permainan video ini juga boleh dilakukan secara online di mana setiap pemain diwakili dengan satu watak kartun avatar yang akan duduk dalam bulatan bagi sama-sama membincangkan masalah yang membelenggu penduduk di kawasan perkampungan tersebut.

Setiap pemain yang baru menyertai persidangan tersebut tidak kira bermain bagi pihak penyiasat kampung atau serigala jadian akan disapa oleh penduduk kampung dengan ungkapan, “Awak kelihatan seperti orang baru di kampung ini dan apa maklumat yang ingin anda kongsikan.”

Dari situ, pemain harus bijak mengawal keadaan dan menggunakan hubungan interaksi sosial bagi meyakinkan penduduk kampung tersebut terhadap peranan anda selaku seorang penyiasat atau serigala jadian yang harus berusaha menyembunyikan identiti sebenar demi menyelamatkan diri.

Selain daripada aspek sosial, para pemain juga harus bijak untuk mengawal ekspresi wajah dan mempelbagaikan ton suara agar persidangan tersebut akan kelihatan lebih mencabar dan berlangsung dengan lebih lama.

Walaupun permainan video ini lebih menumpukan kepada aspek sosial yang bersahaja namun karakter para pemain juga turut dibekalkan dengan sebuah buku di mana ia setentunya akan menjadi panduan yang dapat membantu para pemain sekiranya berada dalam status keliru dalam mengutarakan pendapat atau membuat pilihan.

Justeru, sekiranya anda teruja untuk mengalami sendiri satu cabaran interaksi sosial yang menarik sekaligus meningkatkan keyakinan diri anda jangan terlepas untuk mencubanya dalam Werewolves Within yang dikeluarkan untuk medium Oculus Rift, HTC Vive dan PlayStation VR.