Uji kemampuan di maraton Sabah

Uji kemampuan di maraton Sabah

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jun – Bagi menguji tahap kemampuannya, seorang pelari tempatan mewakili Brunei secara persendirian dalam larian 100km Maraton Borneo Ultra Trail 2016 yang diadakan di Sabah, baru-baru ini.

Dalam acara itu, pelari itu, Awang Mohd Johardi bin Haji Johari berjaya menghabiskan larian dalam masa kurang daripada 32 jam yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

Menurutnya, cabaran kali ini amat sukar yang mana peserta maraton dikehendaki melalui trek hutan, bukit-bukau dan berhadapan cuaca tidak menentu namun ia berjaya diatasi oleh peserta beberapa buah negara.

Beliau yang sebelum ini pernah mengikuti cabaran larian maraton sejauh 21km dan 42km di Singapura, Indonesia, Malaysia dan di sini, berkata pengalaman menyertai maraton itu membuatkan beliau lebih bermotivasi dan bersemangat dalam menempuhi cabaran akan datang, selain ia memberikan keseronokan kepadanya.

Awang Mohd Johardi, pertama kali mewakili Brunei secara persendirian mengikuti larian sejauh 100km dalam Maraton Borneo Ultra Trail 2016.
Awang Mohd Johardi, pertama kali mewakili Brunei secara persendirian mengikuti larian sejauh 100km dalam Maraton Borneo Ultra Trail 2016.
Antara peserta-peserta Brunei yang mengikuti Maraton Borneo Ultra Trail 2016.
Antara peserta-peserta Brunei yang mengikuti Maraton Borneo Ultra Trail 2016.

Beliau berharap akan dapat mengikuti acara larian maraton yang lain di masa akan datang, dan menyarankan agar pelari-pelari negara yang ingin menguji ketahanan diri itu untuk ikut serta dalam cabaran-cabaran seperti ini sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Salah seorang lagi peserta Brunei, Awang Ahmad Fathi Junaidi telah berjaya menduduki tangga keempat dalam kategori 100 kilometer.

Acara Maraton Borneo Ultra Trail ini telah disertai oleh kira-kira 70 peserta dari Negara Brunei Darussalam dalam acara 100 kilometer, 50 kilometer, 3 0 kilometer dan 12 kilometre.

ARTIKEL YANG SAMA