Uji kemampuan Peugoet 308

Uji kemampuan Peugoet 308

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Mac – Pengedar tunggal kereta Peugeot, T.C.Y Motors hari ini mengundang pengamal media tempatan untuk menguji kehebatan kereta terbaru Peugeot 308 dalam pandu uji bermula di Bilik Pameran T.C.Y Motors, Kiarong melalui lebuh raya Tungku Link.

Memandu kereta yang pernah memenangi Anugerah Kereta Terbaik Tahunan Eropah 2014 di Pameran Kereta Geneva, penulis dapat merasakan fungsi canggih kereta itu sebaik memasuki ruang pemandu lagi.

Pemanduan ke lebuh raya berjalan lancar dan stabil walaupun pada kelajuan tinggi. Sementelah lagi, ciri-ciri keselamatannya yang mengandungi pek bantuan efektif seperti Kawalan Kelajuan Dinamik, Amaran Perlanggaran kecemasan dan Brek Pelanggaran Kecemasan, memberikan kepastian kepada pemandu dan penumpangnya.

Kereta yang boleh dianggap sebagai rekaan yang menggabungkan gaya kekeluargaan dan sportif serta berbentuk kecil itu amat mudah dikendalikan sesiapa sahaja, terutamanya pemandu wanita kerana dipenuhi manual fungsi teknologi yang mudah difahami.

Peugeot 308 serba baru diperkenalkan di pasaran Negara Brunei Darussalam.
Peugeot 308 serba baru diperkenalkan di pasaran Negara Brunei Darussalam.
Gear automatik Tiptronik enam kelajuan yang juga dilengkapi punat menghidupkan enjin tanpa kunci.
Gear automatik Tiptronik enam kelajuan yang juga dilengkapi punat menghidupkan enjin tanpa kunci.
Skrin sesentuh HD pelbagai fungsi bersaiz 9.7 inci mampu memberi pelbagai fungsi kemudahan dengan satu sentuhan.
Skrin sesentuh HD pelbagai fungsi bersaiz 9.7 inci mampu memberi pelbagai fungsi kemudahan dengan satu sentuhan.

Manakala sebaik berhenti dan cuba meletakkan kereta, pemandu kereta hatchback ini pastinya tidak mengalami kesukaran kerana ia menggunakan teknologi meletak kereta automatik yang hanya memerlukan pemandu menekan punat dan mengikut arahan yang terpapar di skrin panel papan pemukanya, dan ia akan meletakkan sendiri kereta tanpa pemandu perlu memulas stereng.

Dengan bahagian dalaman yang disaluti kulit daripada stereng hinggalah papan pemuka, Peugeot 308 yang dimuatkan dengan enjin 1.6L THP dan mampu menghamburkan sehingga 165 kuasa kuda pada 5,000rpm dan tork setinggi 240nm pada 1,450rpm, tambah selesa dikendalikan dengan gear automatik Tiptronik enam kelajuan.

Selain itu, ia juga dilengkapi lampu berteknologi LED di depan dan belakang, rim aloi bersaiz 18 inci dan tayar Michelin.

Peugeot 308 terbaru ini juga digayakan lampu berteknologi LED di depan dan belakang, rim aloi bersaiz 18 inci dan tayar Michelin.

ARTIKEL YANG SAMA