Uji ketahanan fizikal, mental

Uji ketahanan fizikal, mental

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Bagi meningkatkan keupayaan sumber manusianya, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Cawangan Operasi ‘F’ telah mengadakan Latihan Baris Bersepadu 2016 di Balai Bomba Pengkalan Batu, kelmarin.

Latihan yang menjadi program tahunan ini melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba Pengkalan Batu, Balai Bomba Jerudong I & II serta Pasukan Polis Diraja Brunei, cawangan Limau Manis.

Selain itu, latihan itu juga diadakan bagi menguji ketahanan fizikal dan mental anggota Cawangan Operasi ‘F’ dan sistem perhubungan jabatan bagi menilai serta mengemas kini prosedur kecemasan melibatkan nyawa dan kebakaran.

Hadir pada latihan itu ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘F’, Penguasa Kanan Haji Janaidi bin Haji Gunong; Penolong Penguasa Haji Nordin bin Haji Buntan selaku Timbalan Pegawai Pemerintah; para pegawai, dan anggota dari Balai Bomba Pengkalan Batu serta Balai Bomba Jerudong I & II.

Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘F’ bergambar ramai bersama anggota-anggota yang terlibat dalam Latihan Baris Bersepadu 2016.
Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘F’ bergambar ramai bersama anggota-anggota yang terlibat dalam Latihan Baris Bersepadu 2016.
Beberapa latihan bagi menilai serta mengemas kini prosedur kecemasan melibatkan nyawa dan kebakaran.
Beberapa latihan bagi menilai serta mengemas kini prosedur kecemasan melibatkan nyawa dan kebakaran.

pg06_160919_d

Antara salah satu operasi menyelamat ‘mangsa’ tersepit dalam kenderaan.
Antara salah satu operasi menyelamat ‘mangsa’ tersepit dalam kenderaan.

pg06_160919_e

ARTIKEL YANG SAMA