Uji pandu Celerio

Uji pandu Celerio

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Jun – Susulan pelancaran Suzuki Celerio baru-baru ini, Syarikat Boustead Sdn Bhd selaku pengedar utama kenderaan jenama Suzuki di Brunei telah mengadakan kempen uji pandu kenderaan berkenaan, di restoran GK, Jerudong, kelmarin.

Kempen itu bertujuan bagi menunjukkan keunikan Suzuki Celerio kepada pihak media dan kakitangan Syarikat Boustead Sdn Bhd, serta menguji sendiri kehebatannya.

Sesi uji pandu tersebut dimulakan dari Restoran GK menuju Kampung Tungku dengan pihak media diberikan pilihan sama ada memandu transmisi automatik atau manual.

Celerio merupakan wajah baru Suzuki Alto sebelumnya yang diubahsuai menjadi lebih besar dan bergaya.

Perubahan boleh dilihat di bahagian depan yang ditambah dengan gril krom dan lampu depan yang lebih besar bagi penampilaan yang dinamik.

Kereta Suzuki Celerio terdapat dalam dua varian iaitu transmisi manual dan automatik.
Kereta Suzuki Celerio terdapat dalam dua varian iaitu transmisi manual dan automatik.

Di bahagian belakang pula, perubahan lebih ketara dengan ruang dalam yang lebih luas dan mampu memuatkan kapasiti penyimpanan yang lebih banyak.

Suzuki Celerio terbaru ini dikuasakan dengan enjin petrol 1 liter 3 silinder dengan badan yang ringan, ia juga dimuatkan dengan transmisi ‘Continous Variable Transmission’ (CVT) bagi memastikan pengalaman pemanduan yang memuaskan.

Kereta ini menumpukan kepada pengguna di kawasan bandar yang inginkan sebuah kereta kecil yang mempunyai personaliti besar, berupaya memberikan kepuasan.

ARTIKEL YANG SAMA