Uji pandu Citroen, dapat hadiah

Uji pandu Citroen, dapat hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Seramai 97 orang pengunjung telah menyertai kempen uji pandu Citroen dari jam 10 pagi hingga 4 petang di Starbucks, Beribi, hari ini.

Kempen yang dikelolakan oleh Syarikat Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Citroen ini telah bermula 7 Disember 2015 lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Julai 2016, di mana mereka yang membuat uji pandu berpeluang memenangi sebuah kereta Citroen C3.

Pengunjung hanya perlu membuat uji pandu mana-mana kereta jenama Citroen seperti DS3, DS4, DS5, C3 dan C4 Grand Picasso dan secara automatik akan layak untuk cabutan bertuah yang akan diadakan pada bulan Ogos 2016 nanti.

Menurut Pengurus Pemasaran Grand Motors, Precious Casao, kempen ini diadakan untuk memberi kesedaran mengenai kehebatan kereta-kereta jenama Citroen, di samping untuk meningkatkan lagi jualan kereta-kereta jenama dari Perancis ini.

Salah sebuah jenama Citreon yang digunakan semasa uji pandu tersebut.
Salah sebuah jenama Citreon yang digunakan semasa uji pandu tersebut.
Uji pandu Citreon yang diadakan di Starbuck’s, Beribi.
Uji pandu Citreon yang diadakan di Starbuck’s, Beribi.
Orang ramai ketika mengunjungi uji pandu tersebut.
Orang ramai ketika mengunjungi uji pandu tersebut.