Uji pandu Mitsubishi bersama media

Uji pandu Mitsubishi bersama media

Oleh Imelda Groves HA

Gambar oleh Bahiyah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 April – Pengedar kereta Mitsubishi di sini, GHK Motors Sdn Bhd hari ini mempelawa pengamal media untuk menguji pandu kereta Pajero Sport yang diperbaharui bermula dari Starbucks Beribi ke sekitarnya.

Sebelum uji pandu, penulis pertama sekali terpegun dengan rangka luarannya yang tampak moden, lebih gagah berbanding model-model sebelumnya, ditambah lagi dengan rim aloi bersaiz besar, gril krom hadapan, kawalan auto cahaya dan lampu kabus depan.

Eksekutif Pemasaran GHK, Awang Amirul Akmar semasa memberi penerangan sebelum uji pandu, menyatakan ciri-ciri terkini pada Pajero itu sememangnya lebih hebat berbanding sebelumnya.

Terdapat perbezaan daripada segi ketinggian liter secara keseluruhan bagi spesifikasi kereta yang lebih rendah dan tinggi.

Uji pandu kereta Pajero Sport yang diperbaharui bermula dari Starbucks Beribi ke sekitarnya.
Uji pandu kereta Pajero Sport yang diperbaharui bermula dari Starbucks Beribi ke sekitarnya.

Menurutnya, spesifikasi tinggi kereta itu yang dipasarkan di sini, adalah dengan enjin diesel 2.4 liter digabungkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan, pertama seumpamanya dalam model kereta Mitsubishi, namun dengan bunyi yang minimum bagi ketenangan pemandu.

Manakala sebaik sahaja menginjak masuk ke dalam Pajero Sport itu, penulis turut terpesona dengan bentuk dalamannya yang menampilkan tempat duduk kulit, serba mewah bagi sebuah kereta sport.

Selain itu, papan pemukanya juga tampak berbeza, dipenuhi dengan pelbagai butang canggih selain sistem audio yang padu.

Manakala sebaik sahaja memandu keluar ke sekitar dari Starbucks, penulis tertawan dengan kelancaran perjalanan meskipun pada jalan tidak rata, dan aspek keselamatan termasuk ABS, EBD dan beg udara di hadapan dan sisi semakin memberi ketenangan fikiran kepada pemandunya.

ARTIKEL YANG SAMA