Ujian buat Rashford menjadi penyerang utama

Ujian buat Rashford menjadi penyerang utama

SUNDERLAND, United Kingdom, 26 Mei – Pengurus pasukan England, Roy Hodgson mencabar Marcus Rashford untuk menyukarkan kehidupannya apabila sensasi Manchester United itu diuji bagi merebut tempat dalam Euro 2016 bermula dengan perlawanan persahabatan menentang Australia esok.

Rashford muncul sebagai pesaing akhir bagi mendapatkan tempat duduk dalam pesawat menuju Perancis selepas kejayaan musim ini bersama United, tetapi pemain itu, 18, mempunyai satu peluang untuk meyakinkan Hodgson di mana dia begitu berharga untuk dilibatkan dalam skuad 23 pemain.

Dengan pemain penyerang Leicester, Jamie Vardy tidak akan beraksi menentang Australia berikutan perkahwinannya semalam, Hodgson memutuskan untuk memberikan ruang bagi pemain penyerang United Rashford bagi kemunculan antarabangsa di Stadium of Light, Sunderland.

Tetapi Hodgson akan mengumumkan tiga pemain yang tidak berjaya bagi perlawanan itu apabila perlawanan pemanasan kedua England diselesaikan dan dia berharap Rashford, yang pulih dari kecederaan lutut dialaminya ketika perlawanan akhir Piala FA United ke atas Crystal Palace, meletakkan dirinya dalam persaingan dengan persembahan terbaik.

“Saya tidak tahu apa yang dijangka darinya,” kata Hodgson. “Jangan lupa Rashford sedikit tidak bernasib baik kerana jumlah masa yang kami ada bersamanya adalah singkat.

Rashford berada dalam kem latihan bersama pemain-pemain England yang lain. - AP
Rashford berada dalam kem latihan bersama pemain-pemain England yang lain. – AP

“Tidak terdapat banyak peluang baginya untuk menunjukkan permainannya pada diri saya dan kakitangan jurulatih di mana terdapat masa yang singkat. Tetapi saya tidak menyatakan sesuatu.

“Tidak terdapat keraguan, saya membuat keputusan tepat meletakkannya dalam kumpulan besar kerana pasukan ini memiliki bakat.

“Saya rasa persembahannya dalam Piala FA adalah bagus. Saya gembira saya masih dapat melihatnya dan kemudian kami perlu menunggu dan melihat sama ada saya akan melihat yang banyak darinya pada musim panas.”

Dengan pemain-pemain United dan Liverpool yang tidak beraksi dalam persaingan Ahad lalu dengan kemenangan 2-1 ke atas Turki di Eastland sekarang akan beraksi di bawah kendalian Hodgson berikutan persaingan akhir mereka masing-masing dalam Piala FA dan Liga Europa, persaingan semakin sengit bagi mereka yang membuat kemunculan pada Euro. – AFP