Ujian nuklear Korea U ‘di peringkat akhir’

Ujian nuklear Korea U ‘di peringkat akhir’

SEOUL, 17 April (AFP) – Peningkatan dalam kegiatan di tapak ujian nuklear Korea Utara menunjukkan persiapan bagi ujian nuklear kelima dalam peringkat terakhirnya, mungkin sebelum acara politik penting pada awal Mei, media Korea Selatan melaporkan hari ini.

Kekerapan pergerakan kenderaan, tenaga kerja dan peralatan di tapak Punggy-ri ‘bertambah dua hingga tiga kali ganda’ sejak bulan lalu, lapor agensi berita Yonhap, dengan memetik banyak sumber kerajaan.

Para pegawai percaya lori-lori yang dilihat bergerak masuk dan keluar dari kompleks itu mungkin membawa juruteknik nuklear.

“Jika ia adalah tanda persiapan ujian nuklear, nampaknya persiapan dalam peringkat akhir,” Yonhap memetik satu sumber kerajaan sebagai berkata.

Korea Utara sedang bersiap sedia bagi kongres parti memerintah luar biasa dan begitu digembar-gemburkan pada awal bulan depan, yang mana pemimpin Kim Jong-Un dijangka menerima pujian kerana mengusahakan program senjata nuklear negara ke tahap tinggi baru.

Banyak penganalisis mengatakan rejim itu mungkin melaksanakan ujian nuklear ketujuh sebagai memperlihatkan keingkaran dan kekuatan sebelum kongres bermula.

ARTIKEL YANG SAMA