Ujian nuklear, roket Korea Utara membimbangkan

Ujian nuklear, roket Korea Utara membimbangkan

SEOUL, 9 Okt – Korea Utara terus mencetus kebimbangan apabila analisis imej satelit yang diterbitkan hari ini menunjukkan ia mungkin melakukan satu lagi ujian nuklear atau pelancaran roket jarak jauh.

Spekulasi bahawa Pyongyang sedang bersedia mempamerkan kekuatannya dengan pelancaran itu dikaitkan dengan sambutan ulang tahun penubuhan Parti Pekerja Pemerintah Utara esok.

Susulan itu, ujian nuklear lalu dan pelancaran peluru berpandunya sering bertepatan dengan tarikh politik utama. Ujian nuklear kelimanya bulan lalu dijalankan pada ulang tahun pengasas Korea Utara sebagai sebuah negara.

Analisis terkini imej satelit yang disiarkan oleh Institut AS-Korea di Universiti Johns Hopkins mendapati wujud peningkatan aktiviti di stesen pelancaran satelit di Sohae Utara.

Gambar-gambar yang diambil pada 1 Oktober menunjukkan longgokan peti di pad pelancaran berdekatan menara gantri, kenderaan berhampiran bahan api dan bangunan pengoksida, serta kerja berterusan di kawasan ujian enjin kemudahan terbabit.

Gambar fail bertarikh 25 Ogos 2016 menunjukkan tentera Korea Selatan menyaksikan berita TV menunjukkan imej yang disiarkan akhbar Rodong Sinmun Korea Utara memaparkan peluru berpandu balistik Korea Utara dipercayai dilancarkan dari dalam air dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, di stesen Kereta Api Seoul di Seoul, Korea Selatan. – AP

“Bagaimanapun, oleh kerana kedua-dua menara gantri dan struktur di pad pelancaran terlindung, masih tidak jelas sama ada aktiviti itu berkaitan persiapan pelancaran atau operasi lain,” kata penganalisis.

Dua hari lalu, institut itu telah menunjukkan imej yang bertarikh sama bagi tapak ujian nuklear Korea Utara yang menunjukkan aktiviti di ketiga-tiga kompleks terowong itu.

Tetapi sekali lagi penganalisis tidak dapat memastikan sama ada aktiviti itu mempunyai kaitan dengan ujian yang membahayakan itu atau kerja-kerja lain. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA