Ujian peluru berpandu balistik Korea Utara gagal

Ujian peluru berpandu balistik Korea Utara gagal

SEOUL, 31 Mei – Korea Utara gagal dengan percubaan pelancaran peluru berpandu hari ini, yang terbaru dalam beberapa siri halangan untuk program senjata balistik yang bercita-cita mengancam negara AS.

Kementerian pertahanan Korea Selatan mengesan usaha pelancaran pada subuh, yang dikecam oleh Jepun sebagai tindakan yang tidak dapat diterima dan bersifat ‘provokatif’. Kementerian enggan meramalkan mengenai jenis peluru berpandu, tetapi sumber tentera yang dipetik oleh media tempatan berkata ia adalah “Musudan” jarak sederhana yang telahpun menjalani tiga pelancaran yang gagal pada tahun ini.

Resolusi PBB mengharam Korea Utara daripada menggunakan sebarang teknologi peluru berpandu balistik, walaupun ia sering menembak peluru berpandu jarak dekat ke laut di luar pantai timurnya.

Usaha hari ini diadakan dengan ketegangan masih tinggi di semenanjung Korea ekoran ujian nuklear keempat Utara pada Januari dan pelancaran roket jarak jauh sebulan kemudian. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA