Ujian Tasmie’ bermula Feb 2016

Ujian Tasmie’ bermula Feb 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS selaku Urus Setia Lembaga Tasmie’ Menghafaz Al-Quran akan mengadakan Ujian Tasmie’ Menghafaz Al-Quran Pusingan Pertama Tahun 1437H/2016M bermula Februari 2016 bagi kategori-kategori yang ditawarkan iaitu 10 juzuk, 20 juzuk dan 30 juzuk.

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di Blok 2H, Tingkat 8, Bangunan Kondominium Ong Sum Ping (Bangunan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Perempuan), Jalan Ong Sum Ping atau muat turun melalui weblog www.ppq-mabims.blogspot.com.

Menurut kenyataan KHEU, di sini, hari ini, permohonan bagi mengikuti ujian ini dibukakan pada 7 Disember 2015, manakala tarikh tutup permohonan/penghantaran borang adalah pada 23 Disember 2015.

Penghantaran borang adalah semasa waktu pejabat dan tidak lewat daripada 3:45 petang.

Untuk keterangan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS di talian 2233365.

ARTIKEL YANG SAMA