Ujian terbesar untuk Klinsmann

Ujian terbesar untuk Klinsmann

PASADENA, Amerika Syarikat, 9 Okt (AFP) – Pertembungan Amerika Syarikat dan Mexico esok adalah persaingan bagi merebut tempat dalam persaingan Piala Konfederasi 2017 dengan jurulatih AS, Jurgen Klinsmann melihatnya ujian terbesar dalam kendaliannya selama empat tahun.

Perlawanan itu dijangka akan dihadiri lebih dari 92,000 penonton ke Pasadena Rose Bowk bagi persaingan terbaru di antara kuasa Amerika Utara itu.

Perlawanan play of untuk menentukan wakil rantau CONCACAF pada Piala Konfederasi di Rusia dalam tempoh dua tahun dilakukan selepas AS memenangi Piala Emas 2013 dan Mexico menjulang kemenangan edisi 2015.

Kegagalan AS untuk memenangi Piala Emas tahun ini di laman sendiri, di mana mereka dikejutkan oleh Jamaica pada separuh akhir, dan kekalahan 4-1 dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil pada bulan lalu, menyebabkan pengkritik Klinsmaan terus memberikan kritikan tajam.

Bekas kapten pasukan Landon Donovan, yang melalui hubungan dingin bersama-sama Klinsmann, memberitahu ESPN minggu ini legenda dari Jerman itu seharusnya dipecat jika kekalahan pasukan AS kepada Maexico esok.

“Kami mempunyai musim panas yang hambar dengan keputusan yang teruk dalam Piala Emas,” kata Donovan, yang digugurkan oleh Klinsmann dari skuad AS bagi Piala Dunia tahun lepas.

“Perlawanan terakhir menentang Brazil adalah perlawanan yang teruk pernah saya lihat di bawah kendalian Jurgen….dalam dunia, jika jurulatih itu mencatatkan keputusan itu, dan mereka tewas perlawanan menentang Mexico, ia perlu dipecat.”

Ulasan Donovan itu mendapat sokongan permintaan bagi kedudukan Klinsmann dikaji semula selepas kegagalan Piala Emas pada Jun lalu.

Namun kebanyakan percaya tugasannya tidak mungkin berada dalam risiko, walaupun jika senario sukar terhadap kejayaan Mexico berlaku esok.

Bekas pemain penyerang Jerman itu mempunyai kontrak sehingga 2018 dan setakat ini ketua Persekutuan Bola Sepak AS, Sunil Gulati memudahkannya bagi Klinsmann sebagai pelantikan jangka masa panjang.