UK beri amaran sekatan udara LCS

UK beri amaran sekatan udara LCS

MANILA, 7 Jan – Setiausaha Luar Negeri Britain, Philip Hammond mengatakan hari ini dalam lawatannya ke Filipina, bahawa sebarang percubaan untuk menyekat perjalanan udara dan laut di Laut China Selatan (LCS) yang dipertikaikan akan dilihat sebagai satu ‘amaran’.

China mengatakan ia telah mendaratkan tiga pesawat di Fiery Cross Reef beberapa hari kebelakangan, mencetuskan bantahan daripada penuntut pesaing Vietnam dan Filipina, dan membangkitkan kebimbangan ia boleh mengenakan kawalan tentera di kawasan itu.

“Kebebasan navigasi dan lintas terbang tidak boleh dirunding. Ia adalah amaran bagi kami,” kata Hammond memberitahu sidang berita bersama dengan rakan sejawatan Filipina, Albert del Rosario, di Manila.

Hammond, yang lawatan ke Manilanya diikuti dengan satu lawatan ke China, tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai apa tindakan akan diambil jika ‘amaran’ ditimbulkan, selain mengatakan Britain akan terus menegaskan haknya untuk berlayar di kawasan itu.

Del Rosario mengatakan dia bimbang, dengan ujian penerbangan, China meletakkan asas bagi deklarasi Zon Identifikasi Pertahanan Udara (ADIZ), serupa dengan salah satu ia umumkan di Laut China Timur yang menjengkelkan Jepun.

Albert del Rosario (kiri) berjabat tangan dengan Philip Hammond semasa lawatan ke ibu pejabat kementerian luar negeri Filipina di Manila pada 7 Januari. – AFP
Albert del Rosario (kiri) berjabat tangan dengan Philip Hammond semasa lawatan ke ibu pejabat kementerian luar negeri Filipina di Manila pada 7 Januari. – AFP

“Jika perkara ini tidak dicabar, China akan mengambil kedudukan yang ADIZ akan dikenakan dan sama ada ia dilakukan dalam terma asas de facto atau sama ada ia rasmi, ia akan dianggap sebagai tidak dapat diterima oleh kami,” kata Del Rosario.

Vietnam, penuntut lain di Laut China Selatan, juga mengutuk ujian penerbangan itu sebagai satu pencabulan ke atas kedaulatannya.

China telah mencemaskan para pesaingnya dengan tuntutan besar dan pembinaan kemudahan ke atas terumbu dipertikaikan, termasuk landasan sepanjang 3,000 meter di Fiery Cross, sekitar 1,000 km dari wilayah selatan Hainan.

Jurucakap kementerian luar negeri China, Hua Chunying mengatakan pada Sabtu selepas mengumumkan ujian penerbangan pertama bahawa ia adalah bersifat awam.

Filipina telah meminta tribunal yang disokong PBB untuk tidak mengesahkan tuntutan China berhubung hampir keseluruhan Laut China Selatan. Ia menjangkakan keputusannya tahun ini.

China tidak menyertai dalam perbicaraan arbitrari di The Hague ketika ia mempertahankan yang pertikaian laut itu seharusnya diselesaikan secara dua pihak.

“Menang atau kalah, kami akan patuh pada peraturan undang-undang dan kami menjangkakan yang China perlu sama melakukannya,” kata Del Rosario. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA