UK keluar EU tidak jejas Malaysia

UK keluar EU tidak jejas Malaysia

LONDON, 15 Mei (Bernama) – Keputusan United Kingdom (UK) untuk kekal atau keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak akan mempunyai kesan secara langsung ke atas Malaysia, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Beliau berkata, ini kerana asas yang teguh telah terbina dalam hubungan dua hala di antara kedua-dua negara.

“Kita telah membina asas yang kukuh dalam hubungan dengan UK, malah dengan EU sendiri juga. Hubungan rakyat dengan rakyat serta kerajaan dengan kerajaan adalah kukuh, oleh ia tidak akan memberi kesan penting ke atas kita,” katanya.

Sementara itu, dilaporkan satu pungutan suara akan diadakan pada 23 Jun ini untuk memutuskan sama ada Britain perlu keluar atau kekal dalam EU dengan kajian terbaru menunjukkan jumlah yang sama menyokong tindakan berkenaan.

“Kita tidak tahu apa akan terjadi kepada dunia jika ini berlaku tetapi hubungan kita sangat baik,” kata Ahmad Rasidi yang menjelaskan bahawa Malaysia masih menjadi sebahagian daripada Komanwel dan ia turut mempunyai hubungan dua hala dengan negara-negara EU.

Jika ia kekal (dalam EU), ia akan menjadi status quo tetapi kita akan membuat pelarasan kepada apa sahaja keadaan,” katanya kepada media Malaysia baru-baru ini menjelang lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke UK.

ARTIKEL YANG SAMA