UK mula proses keluar EU

UK mula proses keluar EU

LONDON, 2 Okt – Perdana Menteri Theresa May berkata hari ini yang Britain akan memulakan proses rasmi bagi meninggalkan Kesatuan Eropah pada penghujung Mac 2017.

Sebelum ini, May hanya mengatakan yang Britain tidak akan mencetuskan Artikel 50 dari Perjanjian Lisbon EU – yang menetapkan detik mula dua tahun maksimum sehingga negara itu keluar dari 28 anggota blok – sebelum hujung tahun ini.

May berkata dia akan memberi butiran selanjutnya semasa ucapannya pada hari ini kepada Parti Konservatifnya semasa hari pembukaan sidang tahunannya di Birmingham, tengah England.

“Saya telah mengatakan bahawa kami tidak akan menggunakannya sebelum hujung tahun ini oleh itu kami akan mengumpulkan persediaan terlebih dahulu,” ujarnya kepada televisyen BBC.

“Kami akan mencetuskannya sebelum hujung Mac tahun depan.”

Theresa May tiba menjelang temu bual TV di studio BBC di Birmingham, England, sebelum bermulanya persidangan parti Konservatif, pada 2 Oktober. – AP
Theresa May tiba menjelang temu bual TV di studio BBC di Birmingham, England, sebelum bermulanya persidangan parti Konservatif, pada 2 Oktober. – AP

Ujarnya lagi, sebaik saja Artikel 50 telah dicetuskan, sebahagiannya akan terpulang kepada EU untuk memutuskan bagaimana proses rundingan akan berlangsung.

“Saya berharap, dan saya akan mengatakan kepada mereka, bahawa kini mereka tahu beberapa tempoh yang kami ada – ia bukan tarikh tepat namun ia akan berlaku pada suku pertama tahun depan – yang kami akan melakukan beberapa kerja persediaan sebaik saja ia dicetuskan, kami akan mendapat proses rundingan yang berjalan lancar,” katanya mengenai beberapa bulan akan datang.

Katanya lagi, undian referendum 23 Jun untuk meninggalkan EU mengandungi mesej jelas bahawa orang awam Britain mahu pergerakan orang ramai dari negara-negara lain EU agar dapat dikawal.

“Kami akan menguruskan isu mengenainya,” katanya.

“Apa yang rakyat mahu adalah untuk mengetahui yang kerajaan dapat memutuskan siapa yang boleh datang dan menetapkan peraturan kepada mereka yang boleh masuk ke negara itu.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA