UKK giat tingkatkan prestasi akademik pelajar

UKK giat tingkatkan prestasi akademik pelajar

TEMBURONG – Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK), Bahagian Hal-Ehwal Pelajar, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan meneruskan Program Pendidikan dan Bengkel Kemahiran Keibubapaan bagi sekolah-sekolah menengah/maktab dan Pusat Tingkatan Enam bagi pelajar-pelajar dan ibu bapa Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong di Dewan Belalong, baru-baru ini.

Program yang telah bermula sejak bulan April lalu itu dikendalikan oleh kaunselor-kaunselor sekolah menengah, PTE dan pegawai-pegawai dari unit itu sendiri.

Acara dimulakan dengan sesi bersuai kenal di antara peserta-peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan ibu bapa.

Beberapa aktiviti dan kuliah juga dijalankan sepanjang program itu seperti ‘Kesan tidak hadir sekolah’, ‘Gaya Pembelajaran’, ‘Isu-isu sosial’ dan ‘Komunikasi berkesan’.

Antara yang hadir dalam meneruskan Program Pendidikan dan Bengkel Kemahiran Keibubapaan di Daerah Temburong.
Antara yang hadir dalam meneruskan Program Pendidikan dan Bengkel Kemahiran Keibubapaan di Daerah Temburong.

Selain bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik dan disiplin pelajar, antara objektif program tersebut ialah memberi pendedahan kepada ibu bapa mengenai isu-isu yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan cara menyelesaikannya, meningkatkan kemahiran dalam cara berkomunikasi di dalam keluarga masing-masing dan pada jangka masa panjang dapat meningkatkan keharmonian dalam hidup berkeluarga.

UKK juga berharap program ini akan dapat membantu para ibu bapa dalam merealisasikan impian untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang akademik sekaligus dapat menjadikan mereka sebagai pelajar yang cemerlang dan seterusnya menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA