Ukraine dedah struktur perlindungan terbesar

Ukraine dedah struktur perlindungan terbesar

CHERNOBYL, Ukraine, 29 Nov – Ukraine hari ini mendedahkan struktur besi boleh alih terbesar di dunia di reaktor keempat kilang tenaga nuklear Chernobyl untuk memastikan keselamatan generasi akan datang di seluruh Eropah.

Lengkungan setinggi 108 meter itu menjadikannya lebih tinggi daripada Statue of Liberty di New York sementara beratnya 36,000 tan adalah tiga kali lebih berat daripada Menara Eiffel di Paris.

Struktur berharga 2.1 bilion euro (AS$2.2 bilion) itu telah pun ditaja oleh Bank Eropah bagi Pembangunan dan Pembinaan Semula (EBRD) yang dipasang di kubah yang telah pecah berderai yang dibina oleh Soviet secara tergesa-gesa apabila malapetaka melanda tiga dekad lalu.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko ternyata bangga dengan keupayaan negaranya yang dilanda perang dan miskin itu untuk menangani salah satu vestij terburuk dalam masa lalu Soviet.

“Ramai orang ragu dan enggan untuk percaya bahawa ia adalah munasabah,” Poroshenko memberitahu majlis meraikannya yang diadakan di hadapan kubah baru itu.

Orang ramai berjalan melintasi New Safe Confinement Chernobyl yang meliputi empat blok kilang tenaga nuklear Chernobyl selepas pemasangannya selesai pada 29 November. – AFP
Orang ramai berjalan melintasi New Safe Confinement Chernobyl yang meliputi empat blok kilang tenaga nuklear Chernobyl selepas pemasangannya selesai pada 29 November. – AFP

“Namun kawan, saya mengucapkan tahniah kepada anda – ya, kita boleh lakukannya!”

Kesan radioaktif dari tapak kemalangan nuklear paling teruk di dunia tersebar ke tiga perempat kawasan Eropah dan mencetuskan pemikiran semula mengenai keselamatan bahan api nuklear.

Kerja-kerja di kubah sebelumnya yang bermula selepas kebakaran 10 hari yang berpunca daripada letupan berjaya dikawal tetapi radiasi masih terbocor.

“Ia dilakukan menerusi usaha luar biasa beribu-ribu orang biasa,” beritahu penolong ketua muzium Chernobyl Anna Korolevska kepada AFP.

“Apakah jenis peralatan perlindungan yang dimiliki oleh mereka? Mereka bekerja dalam pakaian pembinaan biasa.”

Kira-kira 30 daripada pekerja pembersihan yang dikenali sebagai penyelesai terbunuh di tapak atau mati akibat keracunan radiasi yang tinggi pada minggu-minggu berikutnya.

Jumlah kematian akibat kemalangan yang berpunca daripada kesilapan ketika satu pemeriksaan keselamatan percubaan masih dipertikaikan disebabkan pihak berkuasa Soviet berusaha sedaya upaya untuk menutup tragedi. – AFP