Ukraine hantar jet terbesar dunia ke China

Ukraine hantar jet terbesar dunia ke China

KIEV, Ukraine, 8 Sept – Ukraine berkata kelmarin ia mungkin menghantar jet terbesar dunia, pada asalnya dibangun-kan untuk program kapal angkasa lepas Kesatuan Soviet, ke China dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kapal pengangkut enam enjin pertama AN-225 Mriya (Dream) itu dibina oleh pembuat pesawat Antonov, Kesatuan Soviet pada 1980-an.

Syarikat Antonov memindahkan operasinya dari Siberia Rusia ke bandar ini pada 1952 dan jatuh ke tangan Ukraine apabila Kesatuan Soviet berpecah pada 1991.

Antonov dan Aviation Industry Corporation of China, menandatangani satu memorandum persefahaman 30 Ogos lalu untuk memperbaharui pengeluaran jet kargo di China menggunakan lesen dari Ukraine.

Oleksander Kotsyuba, presiden syarikat negeri penerbangan Ukraine “Antonov” bercakap kepada para media semasa persidangan akhbar di Kiev, kelmarin. - AFP
Oleksander Kotsyuba, presiden syarikat negeri penerbangan Ukraine “Antonov” bercakap kepada para media semasa persidangan akhbar di Kiev, kelmarin. – AFP

Hanya satu pesawat Mriya wujud, sementara yang kedua hanya selesai dibina sebahagian dan kekal dalam simpanan Ukraine sejak 28 tahun lalu.

Koordinator projek Antonov China, Gennadiy Gabruk berkata, pesawat kedua akan dinaik taraf sepenuhnya sebelum dihantar ke China menjelang 2021.

“Jet ini akan dibina menggunakan asas kerangka yang sedia ada, namun semua peralatan adalah baharu,” kata Gabruk. -AFP

ARTIKEL YANG SAMA