Ukraine hukum dua tentera Rusia

Ukraine hukum dua tentera Rusia

KIEV, 19 April (AFP) – Sebuah mahkamah Ukraine pada Isnin menjatuhi hukuman 14 tahun penjara kepada dua tentera Rusia kerana berjuang sebagai pemberontak di kawasan zon perang di sebalah timur.

Keputusan daripadatiga panel hakim dibacakan di mahkamah berkata sarjan Aleksander Aleksandrov dan kapten Yevgeny Yerofeyev bersalah kerana mengambil bahagian dalam “peperangan agresif” terhadap Ukraine dan melakukan “serangan pengganas”.

Kiev menegaskan bahawa kedua-dua mereka berkhidmat sebagai anggota unit perisikan tentera elit Rusia apabila mereka telah ditangkap di rantau pemisah pro-Moscow Lugansk pada Mei 2015. Rusia mengatakan kedua-dua mereka telah meletak jawatan dari tugas sebelum menyeberang ke dalam zon perangdengan kehendak mereka sendiri.

Aleksandrov dan Yerofeyev berada dalam sangkar tahanan kaca sebagai defendan semasa keputusan itu dibacakan, apabila wartawan memenuhi mahkamah Kiev. Ramai pemerhati ragu-ragu bahawa pasangan Rusia itu akan menjalani hukuman mereka di Ukraine, dengan keputusan itu dilihat sebagai satu langkah yang berpotensi ke arah pertukaran tahanan yang dinanti-nantikan oleh Savchenko.

Sarjan Aleksandar Aleksandrov (kanan) dan kapten Yevgeny Yerofeyev (kiri) bercakap semasa pendengaran mahkamah di Kiev pada Isnin. – AFP
Sarjan Aleksandar Aleksandrov (kanan) dan kapten Yevgeny Yerofeyev (kiri) bercakap semasa pendengaran mahkamah di Kiev pada Isnin. – AFP

Berikutan dengan hukuman itu, Presiden Rusia Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Ukraine Petro Poroshenko bercakap melalui telefon dan membincangkan mengenai tiga banduan itu, kata Kremlin.

Presiden Ukraine Petro Poroshenko bercadang untuk bertukar-tukar tentera bagi juruterbang helikopter Kiev yang telah dihukum 22 tahun penjara oleh mahkamah Rusia pada Mac bagi dakwaan penglibatan beliau dalam pembunuhan dua wartawan Moscow dalam zon perang.

Kremlin berkata kedua-dua pemimpin itu telah bersetuju bahawa Moscow akan ‘tidak lama lagi’ membolehkan Konsul Jeneral Ukraine untuk melawat Savchenko, yang mana sedang mogok lapar, di dalam penjara. Dalam satu kenyataan berasingan yang dikeluarkan oleh Kiev, Poroshenko berkata Ukraine telah menggesa Moscow untuk ‘segera’ membebaskan Savchenko, yang mana telah dijatuhi hukuman 22 tahun penjara bulan lalu oleh mahkamah Rusia dalam dakwaan penglibatan beliau bagi pembunuhan dua wartawan Rusia di kawasan perang.