Ukraine, Kanada tandatangani perjanjian perdagangan bebas

Ukraine, Kanada tandatangani perjanjian perdagangan bebas

KIEV, 11 Julai – Ukraine dan Kanada menandatangani per-setujuan perdagangan bebas ‘bersejarah’ hari ini yang direka untuk merangsang sokongan bagi bekas republik Soviet yang dilanda perang itu ekoran sifat pendesak Rusia yang semakin meningkat.

Kanada memiliki diaspora Ukraine dan menjadi penyokong kuat Kiev sejak revolusi pro-EU pada Februari 2014 yang disusuli dengan pengikhlakan Crimea Rusia dan perang pemisah timur selama 26 bulan yang mengakibatkan hampir 9,500 orang terkorban.

“Pada 2015, Kanada dan Ukraine mengakhiri rundingan bagi persetujuan perdaga-ngan bebas Kanada-Ukraine,” Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberitahu para wartawan selepas bertemu dengan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko.

“Persetujuan bersejarah ini akan meningkatkan akses pasaran dan mewujudkan keadaan perdagangan yang boleh diramalkan,” tambah Trudeau dalam lawatan rasmi pertamanya ke Kiev.

Petro Poroshenko (kanan) dan Justin Trudeau berjabat tangan selepas sidang akhbar bersama. - AFP
Petro Poroshenko (kanan) dan Justin Trudeau berjabat tangan selepas sidang akhbar bersama. – AFP

Ukraine sudah pun mempunyai persetujuan perdagangan bebas bersama Kesatuan Eropah (EU) yang memberangkan Rusia dan disusuli dengan sekatan import dari negara-negara Barat yang Moscow baru-baru ini melanjutkannya sehingga akhir 2017.

Data rasmi Kiev menunjukkan eksport Ukraine ke Kanada jatuh dua kali ganda kepada AS$30.16 juta sementara import meningkat 7.7 peratus kepada AS$206.24 juta tahun lepas. – AFP