Ukraine menahan perancang serangan Euro 2016

Ukraine menahan perancang serangan Euro 2016

KIEV, 6 Jun – Perkhidmatan keselamatan Ukraine hari ini telah menahan seorang warga Perancis bersama sejumlah senjata yang banyak dan didakwa merancang serangan keganasan ketika kejohanan bola sepak Euro 2016 di Perancis.

Pengumuman itu tiba sehari selepas Presiden Perancis, Francois Hollande mengakui memang ada ancaman serangan ketika pertandingan yang bermula 10 Jun hingga 10 Julai itu namun berjanji untuk melakukan segala-galanya bagi memastikan Euro 2016 satu kejayaan.

“Ugutan ini akan berlarutan untuk satu jangka masa yang panjang, tetapi kita mesti melakukan apa yang terdaya untuk memastikan Euro 2016 berlangsung dengan jayanya,” katanya kepada radio awam France Inter

Ketua perkhidmatan kese-lamatan SBU Ukraine, Vasyl Grytsak berkata lelaki Perancis yang tidak dikenali itu berhasrat untuk meletupkan sebuah masjid, pertubuhan-pertubuhan pengutipan cukai, unit-unit peronda polis dan beberapa lokasi yang lain.”

Tempat di mana lelaki itu ditahan pada 21 Mei lalu. - AFP
Tempat di mana lelaki itu ditahan pada 21 Mei lalu. – AFP

Dia “merancang untuk melakukan 15 serangan keganasan,” Grystak memberitahu para pemberita. “Dia memperoleh lima senapang raifal Kalashnikov, lebih daripada 5,000 peluru, dua pelancar bom tangan anti-kereta kebal, 125 kilogram bom TNT, 100 peledak, 20 balaclavas dan beberapa barang lagi.”

Grystak berkata penahanan itu dibuat pada 21 Mei apabila lelaki itu cuba merentas masuk ke Poland berdekatan bandar sempadan Ukraine, Yagodyn.

Ia tidak secara segera jelas sama ada warga Perancis itu berkaitan dengan sebarang kumpulan pengganas atau bertindak secara sendirian.

Grystak berkata suspek itu “meluahkan pandangan-pandangan negatif mengenai pendekatan kerajaannya terhadap penghijrahan warga asing ke dalam Perancis, penyebaran agama Islam dan globalisasi.” – AFP