Ukraine tangkap kumpulan pemberontak rancang ‘serangan ganas’

Ukraine tangkap kumpulan pemberontak rancang ‘serangan ganas’

KIEV, 10 Dis – Perkhidmatan keselamatan Ukraine mengatakan hari ini ia telah menangkap sebuah kumpulan pemberontak melibatkan tiga warga Rusia yang menyimpan bom dan merancang untuk melaksanakan ‘serangan pengganas’ dalam serbuan yang melibatkan nyawa pegawai pasukan khas.

“Pemberontak itu merancang untuk melakukan tindakan ganas di Kiev dan Kharkiv untuk menyahstabilkan situasi di negara itu,” jurucakap wanita bagi perkhidmatan keselamatan SBU, Olena Gitlyanska mengatakan dalam Facebook.

Seorang pegawai pasukan khas dan anggota kumpulan pemberontak yang melepaskan tembakan, terbunuh dalam operasi di bandar berkenaan lewat kelmarin dan awal hari ini, ujarnya.

Pegawai pasukan khas lain didapati cedera namun keadaannya sudah stabil, katanya lagi.

“Dalam apartmen tunggal itu, tempat penentang aktif telah wujud dan ketua kumpulan pemberontak telah diberkas, lapan alat bahan letupan telah ditemui,” kata pegawai SBU lain, Oleksandr Tkachuk, memberitahu para wartawan.

“Warga Rusia itu telah ditahan di apartmen lain. Dua puluh tiga lagi bahan letupan ditemui di sana,” katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA