Ukraine tangkap seorang tentera Rusia

Ukraine tangkap seorang tentera Rusia

KIEV, 30 Julai (AFP) – Perkhidmatan keselamatan Ukraine semalam mengumumkan penangkapan seorang mejar tentera Rusia yang dikatakan menghantar bahan letupan kepada pemberontak-pemberontak pro Kremlin di timur pemisah, bekas negara Soviet itu.

Moscow menafikan sebarang penglibatan di konflik 15 bulan Ukraine dan menyifatkan warga Rusia yang ditangkap di zon perang sebagai ‘sukarela’ yang menyertai pertempuran tanpa sebarang arahan langsung daripada pihak tentera.

Tetapi Kiev dan sekutu Baratnya menuduh Rusia menghantar tentera dan senjata berat untuk membantu pemberontakan.

Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan Ukraine (SBU) mengenal pasti warga Rusia itu yang dikatakan ditangkap di rantau pemisah, Donetsk pada hujung minggu sebagai Vladimir Starkov seorang mejar tentera yang tersesat ketika membantu lori yang membawa bahan letupan ke kota kara gerila.

“Starkov segera mengaku dirinya adalah warga Rusia dan tentera pasukan bersenjata Rusia,” Ketua SBU Vasyl Grytsak memberitahu para pemberita.

Dalam bulan Mei Ukraine memperlihatkan dua warga Rusia yang ditangkap, yang mendedahkan identiti mereka sendiri sebagai tentera pura-pura yang dihantar pada misi peninjauan oleh kawalan perisikan ketenteraan mereka.

Rusia mendakwa kedua-duanya telah berhenti dari perkhidmatan apabila mereka menyertai pertempuran di bekas negara Soviet.

Laman sesawang mingguan Novoye Vremya, Ukraine semalam menyiarkan transkrip yang menurutnya adalah perbualan antara dua orang pemberontak pro Rusia yang baru sahaja mengetahui tentang penahanan Starkov.

“Bagaimana dia tersesat,” tanya seorang pejuang yang mana dikenal pasti oleh pemintas radio sebagai Malysh (Baby).

‘Dia telah sudah pun mengambil laluan itu beratus-ratus kali!”

Jurucakap Presiden Rusia Vladimir Putin semalam menegaskan penafian penglibatan Moscow dalam konflik dan enggan memikirkan tentang dakwaan terkini Ukraine.

“Kami terus menerus mengeluarkan ulasan tentang perkara seumpama ini,” Interfax memetik jurucakap Kremlin sebagai memberitahu para pemberita di Moscow.

“Tidak ada yang hendak saya tambah kepada apa yang telah kami katakan berulang kali.”