Ulama Indonesia mohon kaji semula pengadilan

Ulama Indonesia mohon kaji semula pengadilan

CILACAP, Indonesia, 12 Jan (AFP) – Seorang pejuang agama Indonesia yang dipenjarakan, hari ini di mahkamah telah mencabar penyabitan ke atasnya kerana membiayai kumpulan militan, ketika beratus-ratus orang melaungkan “Allah Maha Besar” yang berhimpun dalam menyokong pendakwah Islam itu.

Abu Bakar Bashir dianggap pemimpin bersemangat militan Islam di Indonesia dan dikatakan orang utama dalam rangkaian ganas serantau Jemaah Islamiyah, yang dianggap dalang pengeboman di Bali pada tahun 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang.

Dia telah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada tahun 2011 kerana membantu membiayai kumpulan paramilitari di Aceh, wilayah Islam di negara dunia yang paling ramai penduduk Islam, yang merancang membunuh presiden pada masa itu dan juga orang Barat.

Abu Bakar Bashir, 77 tahun membuat kemunculan di khalayak ramai hari ini untuk memohon bagi kajian semula pengadilan sabitan ke atas dengan harapan dibebaskan, dengan membuat perjalanan ke mahkamah di bandar Cilacap, laluan kepada pulau penjara Jawa tempat dia ditahan.

Pasukan peguamnya mempertikaikan dengan mengatakan dana yang dikumpul Bashir adalah dihasratkan untuk membantu orang di wilayah-wilayah Palestin, tetapi akhirnya dihantar kepada kumpulan Aceh tanpa pengetahuannya.

Para penyokong Abu Bakar Bashir melaungkan slogan dengan memegang sepanduk imejnya semasa kehadirannya di mahkamah di Cilacap di Jawa Tengah pada 12 Januari. – AFP
Para penyokong Abu Bakar Bashir melaungkan slogan dengan memegang sepanduk imejnya semasa kehadirannya di mahkamah di Cilacap di Jawa Tengah pada 12 Januari. – AFP

Bagaimanapun Bashir, nampaknya menjejaskan kesnya sendiri dengan mengakui mengetahui tentang kem latihan kumpulan itu di Aceh ketika bidasan berapi di mahkamah hari ini.

“Latihan fizikal dan senjata di Aceh bertujuan mempertahankan Islam dan umat Islam di Indonesia dan luar negara dan adalah obligasi yang mesti dipenuhi oleh orang Islam atas perintah Tuhan,” kata Bashir yang mengenakan serban dan jubah putih.

Bashir juga memberitahu bilik mahkamah penuh dengan hadirin itu bahawa hakim-hakim seharusnya bertaubat kerana bertindak bertentangan Al-Quran.

Perbicaraan hari ini singkat. Pihak pendakwa akan memberi respons kepada hujah peguam lewat bulan ini.

Kira-kira 500 orang penyokong, kebanyakan mereka berpakaian dengan memakai kopiah putih, keluar dari bilik mahkamah dan kemudian berhimpun di luar dan lebih 1,000 orang kakitangan keselamatan telah dikerah.