Ulang tahun Giant disambut meriah

Ulang tahun Giant disambut meriah

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac – Bersempena menyambut ulang tahunnya yang ke-8 tahun ini, Giant Hypermart mengadakan pelbagai aktiviti dan promosi yang telah bermula kelmarin, termasuk Peraduan Teh Tarik.

Peraduan yang berlangsung di Ruang Legar Giant Hypermart Rimba itu menyaksikan 10 orang peserta menunjukkan pelbagai aksi membuat teh tarik untuk menarik perhatian hakim dengan disaksikan oleh pengunjung pasar raya berkenaan.

Selain Peraduan Teh Tarik, beberapa peserta turut memenangi hadiah-hadiah dalam peraduan memakan mi yang disertai lebih 40 orang kanak-kanak berumur lapan hingga 12 tahun. Kesemua peserta membawa balik hadiah dan sagu hati masing-masing.

Pelbagai aktiviti akan diadakan lagi sepanjang bulan Mac ini termasuk peraduan mewarna, memasak dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 7127404.

Kalangan kanak-kanak yang menyertai perlawanan memakan mi.
Kalangan kanak-kanak yang menyertai perlawanan memakan mi.

ARTIKEL YANG SAMA