Ulang tahun I...

Ulang tahun IWCB ke-28 diraikan penuh ceria

SAMBUTAN ulang tahun ke-28, ‘The International Women Club of Brunei Darussalam’ telah diadakan baru-baru ini di Tarindak D’Polo Restoran, Royal Brunei Polo dan Riding Club, Jerudong. Sekitar 100 tetamu yang bernaung di bawah kelab itu telah hadir dengan mengayakan tema pakaian Arab pada malam tersebut dan menceriakan lagi suasana sambutan berkenaan.

Sambutan ulang tahun itu dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Naib Presiden kelab tersebut, Hajah Feridahanam Abang Haji Zen.

Seterusnya, ucapan alu-aluan daripada Presiden kelab tersebut, Ungku Datin Hajah Fanzah Haji Osman yang telah menyentuh sedikit sebanyak usaha kelab tersebut di dalam membantu dan mendukung aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan.

Ungku Datin Hajah Fanzah merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli persatuan atas usaha tersebut dan diharap akan berterusan sepanjang tahun.

Penyampaian derma

Sambutan pada malam itu diteruskan lagi dengan acara penyampaian derma yang telah berjaya dikutip semasa aktiviti kebajikan IWCB kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al Hajjah Maryam yang diwakili oleh Pemangku Perancang dan Polisi, Haji Ahmad bin Haji Abdul Rahman.

Acara memotong kek yang diketuai oleh presiden kelab tersebut bersama-sama dengan ahli kelab yang lain termasuk Pesuruhjaya Tertinggi Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Noriko Iki.
Acara memotong kek yang diketuai oleh presiden kelab tersebut bersama-sama dengan ahli kelab yang lain termasuk Pesuruhjaya Tertinggi Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Noriko Iki.
Sambutan ulang tahun kelab dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara berkonsepkan Arab termasuk hidangan yang disediakan.
Sambutan ulang tahun kelab dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara berkonsepkan Arab termasuk hidangan yang disediakan.

Kemudian, acara diteruskan lagi dengan acara memotong kek yang diketuai oleh presiden kelab tersebut bersama-sama dengan ahli kelab yang lain.

Turut sama hadir dalam acara tersebut ialah Pesuruhjaya Tertinggi Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Noriko Iki.

Sambutan ulang tahun kelab tersebut dimeriahkan lagi dengan pelbagai bentuk acara yang berkonsepkan Arab termasuk hidangan yang disediakan.

Kelab ‘The International Women Club of Brunei Darussalam’ adalah sebuah organisasi NGO yang telah mula ditubuhkan pada tahun 1988.

Objektif utama kelab tersebut didirikan adalah untuk mempromosikan perkembangan sosial, kebajikan dan aktiviti budaya malah menghubungkan jalinan persahabatan di antara ahli sama ada warga tempatan ataupun luar negara.

Kelab tersebut dijangka akan mengadakan mesyuarat tahunan pada 20 November ini dan mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baru untuk mengikuti kelab tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA