Ulang tahun JIPK ke-58 diisi dengan majlis keagamaan

Ulang tahun JIPK ke-58 diisi dengan majlis keagamaan

Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jun – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memperingati ulang tahun penubuhannya yang ke-58 dengan mengadakan majlis keagamaan yang berlangsung di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, hari ini.

Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran dan Khatam Al-Quran telah dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir ialah setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, para pegawai kanan dan ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) serta para pegawai dan kakitangan JIPK.

Majlis telah dimulakan dengan solat sunat Hajat berjemaah dan diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran seterusnya bacaan tahtim dan Doa Khatam Al-Quran serta dimeriahkan lagi dengan Dikir Marhaban.

Pada majlis itu juga menyaksikan penyampaian sijil penyertaan kepada pegawai dan kakitangan JIPK yang mengikuti bacaan 30 Juzuk Al-Quran.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar mengetuai Majlis Khatam Al-Quran.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar mengetuai Majlis Khatam Al-Quran.
Antara yang menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, kelmarin.
Antara yang menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, kelmarin.

Di samping itu, majlis turut diselajurkan dengan penyampaian sumbangan derma kepada 19 orang anak yatim daripada kalangan pegawai dan kakitangan yang pernah berkhidmat di jabatan berkenaan.

JIPK mula ditubuhkan pada 1 Julai 1958 sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan mengatur warganegara asing yang keluar masuk melalui pos kawalan.

pg05_160701_b

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim dalam kalangan anak-anak pegawai dan kekitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Abu Bakar menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim dalam kalangan anak-anak pegawai dan kekitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan sumbangan derma untuk Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyampaikan sumbangan derma untuk Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam.

Ini adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan dalam negara sentiasa terkawal dan terpelihara serta tidak menjejaskan kepentingan negara daripada segi keselamatan, ekonomi, sosial, ugama dan budaya.

Jabatan berkenaan juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kependudukan serta melaksana pendaftaran yang berkaitan dengan kelahiran, kematian, anak-anak angkat dan kad pengenalan sesuai dengan keperluan undang-undang dan peraturan yang ada.

Dalam usaha menyediakan perkhidmatan yang efisien dan berkesan, pelbagai penambahbaikan telah dan sedang dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai seiring dengan slogan jabatan iaitu Mesra, Tegas dan Berwibawa.

ARTIKEL YANG SAMA