Ulang tahun ke-30 BLA

Ulang tahun ke-30 BLA

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Mac – Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-30, Persatuan Perpustakaan Negara Brunei Darussalam (BLA) telah mengadakan Majlis Sembahyang Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil serta Doa Kesyukuran yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai, disusuli dengan bacaan Doa Kesyukuran dan solat Isyak berjemaah.

Menurut kenyataan yang diberikan, antara program yang akan diadakan bagi Sambutan Ulang Tahun ke-30 BLA, termasuk bengkel pra-persidangan mengenai kepimpinan bagi para pustakawan, majlis perasmian dan pelancaran hari pustakawan, pelancaran buku-buku dan penyampaian hadiah dan juga persidangan perpustakaan.

Dato Paduka Dr. Haji Affendy pada majlis berkenaan.
Dato Paduka Dr. Haji Affendy pada majlis berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA