Ulang tahun ke-5 gempa Jepun

Ulang tahun ke-5 gempa Jepun

TOKYO, 11 Mac (AFP) – Jepun berhenti sekejap hari ini bagi memperingati ulang tahun kelima gempa bumi luar pantai yang mencetuskan tsunami yang meragut sekitar 18,500 jiwa atau hilang di sepanjang pesisir timur laut dan mencetuskan bencana nuklear terburuk dalam suku dekad.

Maharaja Akhitio, Maharani Michiko, Perdana Menteri Shinzo Abe dan peserta lain dalam majlis kebangsaan di Tokyo menundukkan kepala mereka seperti yang dilakukan kebanyakan penduduk di seluruh rantau yang terjejas pada 2:46 petang (0546 GMT), tepat waktu kejadian pada 11 Mac 2011 dalam kejadian gempa berukuran 9.0 melanda bawah Lautan Pasifik.

Gempa bumi besar itu mencetuskan dinding air besar yang menenggelamkan sekolah-sekolah dan seluruh kejiranan, dengan imej-imej yang tidak dapat dilupakan tersebar di seluruh dunia bagi penduduk yang cemas melarikan diri ke kawasan lebih tinggi dan kenderaan dan kapal-kapal terapung dalam kisaran air yang membanjiri bandar.

Gelombang juga menjejaskan bekalan tenaga di loji tenaga Fukushima Daiichi, mencetuskan kecairan reaktor yang mengeluarkan radiasi dalam bencana nuklear yang berbahaya sejak Chernobyl pada 1986 dan megakibatkan sebahagian kawasan tidak berpenghuni.

Orang berjalan lalu melintasi kedai runcit yang memaparkan tanda peringatan mangsa gempa bumi 2011 dan kejadian tsunami di daerah membeli-belah Ginza di Tokyo. – AFP
Orang berjalan lalu melintasi kedai runcit yang memaparkan tanda peringatan mangsa gempa bumi 2011 dan kejadian tsunami di daerah membeli-belah Ginza di Tokyo. – AFP

‘Saya berharap orang ramai akan mengingati kami, yang mana mereka yang melarikan diri masih dalam kesukaran, termasuk dari segi kewangan,’ kata Kazuko Nihei, 39, pada majlis memperingati di sebuah taman di Tokyo.

‘Acara ini adalah bagi memperingati bencana dan kerjasama dikalangan kami,’ kata Nihei, yang berpindah ke Tokyo dari Fukushima bersama dengan dua anak perempuannya dan sekarang mengetuai kumpulan dari ibu-ibu dari rantau itu.

Keadaan itu masih sukar di kawasan Fukushima, di mana loji nuklear mengalami ledakan yang menyebarkan bahan radioaktif ke persekitaran luar desa dan lautan.

Krisis nuklear itu memaksa berpuluh ribu penduduk kawasan itu meninggalkan kediaman mereka, ladang dan bot-bot nelayan dan pada satu kedudukan membawa kepada perbincangan mengenai kemungkinan pengosongan kawasan ibu negara dan 30 juta penduduknya.

ARTIKEL YANG SAMA