Ulang tahun pertama Tamu Bulanan Kg. Mulaut

Ulang tahun pertama Tamu Bulanan Kg. Mulaut

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Tamu Bulanan Kampung Mulaut yang terletak di kawasan letak kereta Gedung Perniagaan Hua Ho Mulaut, telah menyambut ulang tahun pertama penubuhannya, hari ini.

Majlis sambutan ulang tahun tamu yang diadakan evulan sekali bermula seawal jam 6 pagi hingga jam 6 petang.

Hadir majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Mulaut, Haji Mohd Jait bin Haji Hitam selaku Pengerusi Majlis Perundingan Kampung (MPK) Mulaut.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengerusi MPK Mulaut, Haji Hakip bin Haji Burut, diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Haji Selamat bagi memberkati majlis.

Acara tersebut diserikan dengan Peraduan Mewarna bagi kanak-kanak berumur tiga hingga lapan tahun, permainan bouncer dan cabutan tiket bertuah bagi memeriahkan sambutan berkenaan.

Doa Kesyukuran telah dibacakan bagi memberkati majlis.
Doa Kesyukuran telah dibacakan bagi memberkati majlis.
Tamu Bulanan Kampung Mulaut yang diadakan kelmarin di kawasan letak kereta Gedung Perniagaan Hua Ho Mulaut.
Tamu Bulanan Kampung Mulaut yang diadakan kelmarin di kawasan letak kereta Gedung Perniagaan Hua Ho Mulaut.

pg12_160229_c

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tamu Kampung Mulaut, Haji Ismail bin Haji Yusof, ketika ditemui Media Permata, berharap agar Tamu Bulanan Kampung Mulaut ini akan terus diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali.

“Pada masa ini, MPK menggunakan kawasan tempat letak kereta kepunyaan Gedung Perniagaan Hua Ho. Saya berharap bahawa MPK akan mempunyai tempat ‘bertamu’ sendiri yang bersesuaian. Saya juga berharap agar lebih ramai lagi anak-anak buah Kampung Mulaut menyertai tamu ini.

“Ini kerana tamu ini ialah tempat bagi memasarkan barangan seperti hasil pertanian dan kuih-muih buatan sendiri. Selain itu, ia juga sebagai tempat para belia di kampung ini belajar bagaimana untuk berniaga,” tambahnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA