Ulang tahun RB ke-40 di Hong Kong

Ulang tahun RB ke-40 di Hong Kong

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Penerbangan Diraja Brunei (RB) meraikan kejayaan signifikan bermula bulan ini dengan sambutan ulang tahun ke-40 penerbangan pertama komersial ke Hong Kong.

Empat puluh tahun lalu RB membuat penerbangan ke Hong Kong dengan menggunakan Boeing 737 (V80UEB) perkhidmatan dua kali seminggu.

Sekarang RB membuat penerbangan setiap hari ke Hong Kong dari Brunei. Pengemaskinian penerbangan ke Hong Kong ketika musim panas ini adalah untuk memenuhi permintaan penumpang yang semakin meningkat dari Hong Kong dan Selatan China di mana RB akan menggunakan pesawat Dreamliner Boeing 787 dan Airbus 320.

Bersempena sambutan 40 tahun Penerbangan RB, beberapa aktiviti utama dianjurkan untuk membangunkan kesedaran mengenai RB dan Brunei yang membabitkan bintang antarabangsa Brunei, Wu Chun, dan Duta Jenama Antarabangsa pertama RB. Wu Chun adalah seorang ketua keluarga, usahawan dan selebriti merangkumi personaliti jenama RB.

Dalam melaksanakan peranannya, Wu Chun telah diperkenalkan dalam beberapa aktiviti dan kempen bersama peminatnya di sekitar Hong Kong dan China.

Sidang media para wartawan Hong Kong bersama Wu Chun, Duta Jenama Antarabangsa RB, Duncan Au, Pengerusi DEKS Air dan Dermot Mannion, Timbalan Pengerusi RB.
Sidang media para wartawan Hong Kong bersama Wu Chun, Duta Jenama Antarabangsa RB, Duncan Au, Pengerusi DEKS Air dan Dermot Mannion, Timbalan Pengerusi RB.
Bintang antarabangsa Brunei, Wu Chun ketika bercakap pada sidang media di Hong Kong.
Bintang antarabangsa Brunei, Wu Chun ketika bercakap pada sidang media di Hong Kong.
Barisan pengurusan RB bersama-sama Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Hong Kong.
Barisan pengurusan RB bersama-sama Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam di Hong Kong.

“RB dan Wu Chun di Guangzhou” dan “Sehari bersama Wu Chun di Pulau Manukan, Sabah, Malaysia” bagi peminat-peminat Wu Chun dari Hong Kong dan China.

Wu Chun juga membuat banyak kemunculan yang berjaya dalam jerayawara pengembaraan RB di Guangzhou, China. Permainan dan aktiviti RB juga diadakan bagi peminat dan pengunjung. Di Hong Kong, bas-bas utama RB dengan imej Wu Chun juga dilancarkan. Aktiviti lain yang dirancang bersama Wu Chun adalah jerayawara di Shanghai dan Shenzen yang akan diadakan pada Jun tahun ini.

Pada 22 Mei 2015, RB dan Wu Chun menganjurkan majlis makan malam di Hong Kong untuk meraikan penerbangan ke 40 tahun. Tetamu kehormat pada majlis itu adalah Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam ke Hong Kong, Dayang Kamilah Haji Mohamad Hanifah.

Beliau disertai oleh rakan-rakan perniagaan RB, ahli-ahli Royal Skies dan para media. Ketika majlis itu, RB juga menyampaikan anugerah kepada beberapa ejen sebagai satu penghargaan kerana sokongan mereka dalam mempromosikan Brunei dan jualan tiket.

Sepanjang 40 tahun perkhidmatan yang membanggakan ke Hong Kong, RB dikenali bagi perkhidmatannya yang tersendiri yang mempamerkan nilai-nilai dan layanan dengan ciri-ciri Brunei dan telah bertahan dalam pasaran itu biarpun persaingan agresif dibangunkan ke atas teras dedikasi, perkhidmatan dan layanan. RB akan terus memberikan fokus bagi memberikan kepuasan pelanggan dan melangkah ke masa depan dengan optimis.

Di Hong Kong, diskaun istimewa bagi tiket juga ditawarkan oleh RB, seperti penerbangan ke Bali dari HKD$1,930 untuk pergi dan balik, penerbangan ke London dari HKD$3,190. Untuk mendapatkan maklumat lanjut bolehlah melayari http://www.flyroyalbrunei.com/ atau hubungi (852) 2529 3883.

ARTIKEL YANG SAMA