Ulang tahun Tiananmen, bantahan HK bergabung

Ulang tahun Tiananmen, bantahan HK bergabung

HONG KONG, 4 Jun (Reuters) – Berpuluh-puluh ribu dijangka menghadiri acara menyalakan lilin dan berjaga malam di Hong Kong hari ini untuk memperingati tindakan China pada tahun 1989 ke atas penunjuk perasaan pro-demokrasi di Beijing, ulang tahun yang ditambah kepiluannya oleh bantahan yang mencengkam bandar yang ditadbir China itu tahun lalu.

Suasana politik meningkat lagi di Hong Kong sebelum pengundian 17 Jun berhubung pakej pengundian yang diperiksa Beijing yang menurut para demokrat memperolok-olokkan jaminan untuk akhirnya mengizinkan hak mengundi universal bandar itu.

China telah menghantar kereta-kereta kebal untuk meleraikan bantahan yang diketuai pelajar di dalam dan sekitar Dataran Tiananmen, Beijing pada 4 Jun 1989. China tidak pernah mengeluarkan angka kematian tetapi anggaran dari kumpulan hak asasi kemanusiaan dan saksi-saksi adalah daripada beberapa ratus hinggalah beberapa ribu.

Kawalan keselamatan ketat di Dataran Tiananmen hari ini, dengan barisan beratus-ratus orang di bahagian pemeriksaan beg. Seorang pemberita Reuters melihat seorang wanita berusia pertengahan umur yang memegang ros plastik dibawa pergi dari tempat pemeriksaan oleh pihak berkuasa.

Penyokong pro-China membawa payung kuning koyak, mempersendakan pergerakan Occupy Central di luar Victoria Park di Hong Kong, 4 Jun. Beribu-ribu dijangka menghadiri ulang tahun tindakan keras Tiananmen dan bantahan ke atas China hari ini. – Reuters
Penyokong pro-China membawa payung kuning koyak, mempersendakan pergerakan Occupy Central di luar Victoria Park di Hong Kong, 4 Jun. Beribu-ribu dijangka menghadiri ulang tahun tindakan keras Tiananmen dan bantahan ke atas China hari ini. – Reuters

“Mengapa kamu tidak membenarkan saya? Kerana kamu samseng,” wanita itu menjerit, sebelum dibawa pergi dengan tangan dan kakinya dipegang oleh tiga orang pegawai polis. Suasana di Dataran Tiananmen itu aman, dengan beratus-ratus orang pelancong singgah untuk bergambar dalam hujan turun renyai-renyai.

ARTIKEL YANG SAMA