Ular naik kereta api laju

Ular naik kereta api laju

TOKYO, 26 Sept – Sebuah kereta api laju Jepun terpaksa membuat penghentian kecemasan hari ini selepas seekor ular ditemui menjalar antara kerusi, media tempatan melaporkan.

Seorang penumpang mengesan ular sepanjang 30 sentimeter itu muncul di ruang antara kerusi, menyebabkan kereta api yang dalam perjalanan antara Tokyo dan Hiroshima berhenti, membolehkan polis menangkap ular itu.

Di sebalik rupanya yang agak garang, ular berwarna perang itu dipercayai tidak beracun dan tiada kecederaan dilaporkan, menurut badan penyiar awam Jepun, NHK, mengatakan reptilia itu mungkin anak ular.

Kakitangan kereta api membuat pengumuman bertanyakan jika mana-mana penumpang hilang seekor ular, namun tiada yang tampil dan polis masih mencari pemiliknya, menurut media. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA