Ular sawa mati telan landak

Ular sawa mati telan landak

JOHANNESBURG, 26 Jun (AFP) – Seekor ular sawa Afrika mati dalam keadaan yang luar biasa selepas menelan seekor landak gergasi seberat 13.8 kg di taman permainan persendirian di Afrika Selatan, menurut pengurusnya hari ini.

Ular sepanjang 3.9 meter itu sepatutnya dapat menelan seekor landak tidak kira betapa tajam bulunya, kata pemilik taman, Jennifer Fullerkepada AFP.

Namun dia mensyaki ular itu mungkin tertekan kerana disaksikan oleh para pengunjung yang takjub dengan benggolan di badannya – dan mati apabila duri landak itu tersekat ketika ia cuba untuk memuntahkannya.

“Ia adalah bukan luar biasa bagi ular memakan landak, ia adalah sebahagian daripada diet mereka,” kata Fuller.

Ular sawa (kanan) yang mati selepas memakan landak (kiri). – AFP
Ular sawa (kanan) yang mati selepas memakan landak (kiri). – AFP

“Kami rasa mungkin disebabkan ramai orang menyaksikannya telah menyebabkan ia tertekan dan apabila ular itu dalam keadaan tersebut ia biasanya memuntahkannya,” katanya.

Ular itu mati Sabtu lepas, enam hari selepas ia didapati telah menelan landak tersebut.

Ular sawa batu adalah ular terbesar di Afrika dan terkenal menelan dan memakan haiwan yang lebih besar seperti antelop.